Saturday, June 2, 2012

MAIN KUMPUL-KUMPUL CAWAN KERTAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya merupakan seorang yang mudah terpengaruh. Sekali lagi saya terpengaruh dengan koleksi cawan kertas yang terdapat seperti di blog Hobby & Collection dan saya sudah mula mengikut jejak beliau dengan mengumpul cawan kertas.

Dalam banyak-banyak koleksi yang boleh dikumpul (collectable item), saya rasakan dengan mengumpul cawan kertas sahaja yang kita tidak mengeluarkan wang kerana biasanya ianya percuma.

Dalam koleksi cawan kertas di bawah, saya hanya memerlukan 2 hari sahaja dengan memburu di pasaraya Tesco dan Mydin untuk mengumpul cawan kertas tersebut. Iyalah.. Tidak keluarkan wang pun untuk mendapatkannya, malahan dapat minum percuma lagi. Nampak saja booth promosi air, pergilah minum dan simpan cawan kertas itu.

Pelbagai saiz dan corak

Dari bekas air, yogurt dan bubur pun ada

Baru dapat kumpul 12 jenis

4 comments:

  1. Syabas Bro! 2 hari sahaja sudah 12 cawan, satu pencapaian!. Kalau boleh minta 1 yang belum guna dari promoter, biasanya pasti di beri. jika Milo dan nescafe selalu ada tema dan jenis baru. ada masuk peraduan milo tesco? peluang dapat set lori milo lagi :).

    ReplyDelete
  2. IARYYLR : LANGAKH PERTAMA SAYA MINTA SAJA, TAPI DIA TAK BERI.. AKHIRNYA SETIAP KALI SAYA JUMPA BOOTH TESTER MINUMAN SAYA MINUM DAN AMBIL CAWAN KERTAS NI.. :)

    ReplyDelete
  3. saya pun suka kumpul cawan kertas ni. saya minta jerk ngan promoter tu cawa yg belum guna lagi...disebabkan sy xtinggal dibdr koleksi cawa sy <dr 10 jnis cawan...;)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.