Monday, June 4, 2012

ALKISAH MILO BAHARU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hendak dijadikan cerita, emak dan bapa saya mahu datang berkunjung ke rumah saya dan berhasrat untuk menetap dalam 3 ke 4 hari.

Saya dan isteri sibuklah hendak mencari bahan-bahan keperluan dapur sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan mereka. Namun satu keadaan yang tidak disangka-sangka berlaku apabila mula masuk ke pasar raya, saya ternampak maskot Milo yang mempromosikan Milo baharu.

Milo baharu. Lebih padat dengan rasa Milo
Apa lagi, bagai mengantuk disorongkan bantal, saya terus pergi untuk mendapatkan maklumat promosi yang sedang dijalankan. Jurujual itu menerangkan, saya boleh mendapat hadiah berupa barangan Milo sekiranya membeli item Milo yang dipromosikan melebihi RM15.00. Lalu dengan pantas saya membeli dua pek Milo seperti gambar di atas.

Tapi sebelum itu, saya dan isteri merasa air Milo percuma yang disajikan dan dapatlah saya cawan kertas ini.

Cawan kertas Milo baharu

Selepas membayar di kaunter, saya datang semula ke ruangan promosi Milo untuk menebus hadiah yang ditawarkan. Barangan Milo tersebut ialah :

Beg fail Milo
Ini yang menariknya beg fail Milo ini

Fail kertas / sijil

Boleh isikan dokumen bersaiz A4

Belakang pun ada gambar juga

Tidak ketinggalan bekas makanan Milo

Yang inilah buat ianya mahal :)
Tak habis setakat itu, saya telah diberi peluang untuk mendapatkan satu lagi hadiah. Untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut, saya perlu memilih sama ada untuk memadankan gambar-gambar Milo dalam masa 30 saat atau pun memasukan sekurangnya 3 gegelang ke susunan kotak-kotak air Milo. Setelah berfikir saya memilih opsyen kedua iaitu bermain gegelang.

Erm.. Agak malang kerana saya tidak berjaya. Hanya mampu memasukkan 2 gegelang ke kotak air Milo, maksudnya kurang 1 saja lagi untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut. Namun, walaupun gagal, ada hadiahnya juga. Hadiah berupa buku nota Milo. Hehe, comel sungguh.

Buku nota Milo
 Sekian, tamatlah kisah Milo baharu. Terima kasih. :)

14 comments:

  1. Peh! Klu dah minat, ade je promosi dpn mata kan? Sy tak nah pun jumpe promosi milo mcm nie? Mmmm...

    ReplyDelete
  2. dah lama xminum milo kotak...

    ReplyDelete
  3. orang putih kata "to kill two birds with one stone" tapi bro punya "killed a few birds with one shot" hahaha...terbaik bro, dengan satu pembelian saja boleh dapat bermacam-macam barangan milo, syabas (errr...agak-agak, apakah hadiah misteri tu ya?)

    ReplyDelete
  4. best bro! hari tu ada kat sini, tapi bajet dah habis he! he! he! kadang kala kena lepaskan he he he!

    ReplyDelete
  5. FARA : HEHE.. SEKARANG BARU PANDAI "MEMBURU" KOLEKSI MILO.. :)

    ReplyDelete
  6. C.M.A : HABIS TU, MINUM MILO BANCUH JE KE? INI SAYA BELI KERANA ANAK PUN SUKA MINUM MILO..

    ReplyDelete
  7. SPALLAN : TAK PASTI PULA APA HADIAH MISTERINYA.. TAPI KALAU TAK SILAP SET STATIONARY..

    ReplyDelete
  8. IARYYLR : RUGILAH TERPAKSA LEPASKAN..

    ReplyDelete
  9. tak apa sekali sekala :). Nanti email kan alamat pada iaryylrcollection@gmail.com ya.

    ReplyDelete
  10. minum milo badan jadi kuat dan sihat...hehehe...

    ReplyDelete
  11. IARYYLR : AIK.. ADA APA MAU ALAMAT. OK, NANTI SAYA EMAILKAN..

    ReplyDelete
  12. KANCIL : BUKAN KUAT SAJA.. KADANG-KADANG MENGANTUK..

    ReplyDelete
  13. oo mmg ada ye promosi milo ni?tatau pulak..hehehe..anak saya suka minum milo yg kecik² tu..mak die plak suka ratah milo..hehehe :P

    ReplyDelete
  14. SANGRATOO : YE, SAYA SEJAK DUA MENJAK JADI PENGUMPUL MILO NI, BARULAH PERASAN ADA PROMOSI SEDEMIKIAN RUPA.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.