Monday, May 21, 2012

KENALI SIAPA USTAZ DON


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lambat saya mengenali Ustaz Don atau nama sebenarnya Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid. Walaupun sering terperasan melalui Blog mahupun Facebook, namun ia hanya sebagai angin lalu. Pandang seimbas, baca kurang lebih, lepas itu hilang dari ingatan. Tetapi, kenallah juga rupa paras beliau.

Malam tadi, kerana tidak berbuat apa-apa disebabkan anak beranak masing-masing sibuk dengan hal sendiri, isteri menperdengarkan anak dalam kandungan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui telefonnya, Si anak, Muhammad Fahim pula melekat dekat laptop dengan Upin Ipinnya, lalu saya menekan siaran Al-Hijrah yang kebetulan rancangan 30 Minit Ustaz Don baru bersiaran.

Terpacak. Tidak berganjak. Leka dengan celoteh dan kebaikan-kebaikan yang sedang disampaikan oleh Ustaz Don. Dalam hati, "bilalah aku nak jadi macam Ustaz Don ni"?.

Rasa rugi tidak mengikuti rancangan Ustaz Don dari awal. Kebetulan pula, saya menonton malam tadi bagi episod yang ke-100. Maksudnya sudah 99 episod saya rugi tidak menonton rancangan beliau. Erm.. Tidak mengapa, lepas ini masih boleh menonton di You Tube dan juga mengikuti episod-episod yang seterusnya.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Ustaz Don ini, saya telah meng"google" bagi mendapatkan sedikit latar belakang beliau, dan inginlah saya berkongsi di sini bagi mereka yang baru nak tahu macam saya... :

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir / Taraf pendidikan saja sama, tapi saya jurusan lain

STATUS : Bujang / Tak sama... Saya sudah berkahwin. Anak satu

PEKERJAAN : Pensyarah Muda dan Pendakwah Bebas / Saya kerja jaga artifak muzium dan bloggers babas.. :)

BERAT BADAN : 56 Kilogram / Saya 65 Kilogram. Terbaliklah pula

TINGGI : 171 Sentimeter / Wow.. Itu ketinggian Mat Saleh. Saya 165 saja

ASAL : Bukit Mertajam, Pulau Pinang / Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka Bandaraya Warisan Dunia :)

TARIKH LAHIR : 14 November 1984 / Cukuplah sekadar saya katakan 25 Julai dan saya tua daripada beliau, tapi ilmu dia lagi tinggi...

NAMA SEBENAR : Don Daniyal bin Don Biyajid / Saya seperti nama di URL Blogspot, Fairus bin Mamat :)

Rasa pelik tak? Biasanya kalau tulis biodata, nama mesti di atas, ini tidak, nama di bawah sekali. Bukan, itu bukan pelik, tapi namanya kreatif.. Hehehe.. ;p

Ada yang masih belum kenal rupa Ustaz Don? Okey, di sini saya sertakan gambar Ustaz Don untuk tatapan bersama.

Haa... Inilah Ustaz Don.. Ops.. Ops.. Maaf salah gambar. Ini Pakcik Gedek. Maaf ye Pakcik, jangan marah, senyum sikit. Takpe-takpe, saya bagi "backlink" baik punya buat Pakcik.

Inilah Ustaz Don Yang sebenar-benarnya


Ini pula gambar Ustaz Don tanpa serban. Sungguh segak dan bergaya.

Sumber gambar : Google Image

19 comments:

  1. Laa... patot pon tasa macam pernah tengok tadi... haha!

    ReplyDelete
  2. hahaha sengal. eh tapi saya suka rancangan 30minit ustaz don tu. byk info

    ReplyDelete
  3. 171cm? Tinggi sy 175. Tak ckp tinggi lak Ustaz Don ni. Heheheh.

    =D

    ReplyDelete
  4. Ustaz Don memang best, saya tengok dari siri awal, tetapi tak lebih 25 kali sempat tengok berselang selang sahaja.

    ReplyDelete
  5. IARYYLR : USTAZ AZHAR IDRUS SAJA YANG SAYA MASIH BELUM KENAL LAGI..

    ReplyDelete
  6. Cb laa knl ustaz azhar plk..konsep pnerangan yg mdh difahami..yg pnting..jg mmbwa akidah yg benar

    ReplyDelete
  7. ANON : SAYA LEBIH SUKA USTAZ YANG NEUTRAL, TIADA KAITAN DENGAN ASPEK2 POLITIK..

    ReplyDelete
  8. “ Di surga, tidak ada orang yang tidak menikah .” (H.R. Ahmad dan Muslim)

    ReplyDelete
  9. ANON : OK2.. TERIMA KASIH DI ATAS MAKLUMAT YANG DIBERIKAN..

    ReplyDelete
  10. Sokong Fairus..suka pada Ustaz yang tak libatkan diri dengan politik.

    ReplyDelete
  11. Dia mengaji dgn TG HARON DIN dan juga TG sheikh Nusuruddin Al-Banjari ke??

    ReplyDelete
  12. Dia mengaji dgn TG HARON DIN dan juga TG sheikh Nusuruddin Al-Banjari ke??

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.