Monday, May 28, 2012

KATA SPONTAN NO. 13 : JEMPUT DATANG KENDURI LEPAS ISYA' YE...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Orang Melayu kita, kalau nak menjemput datang ke rumah mesti akan.... :

Mat : Pak Haji, jemput datang kenduri tahlil di rumah saya lepas Isya' ye?

Pak Haji : Baiklah Mat. Jumpa malam nanti.

Bagi mereka yang biasa pasti akan tahu, lepas solat Isya' saja, harus terus ke rumah kenduri tersebut. Tetapi, mungkin yang tidak biasa atau tidak faham pasti akan tertanya. Lepas Isya' pukul berapa? Pukul 10 malam, pukul 11 malam ataupun pukul 12 malam, lepas Isya' juga. Mungkin sebab inilah, terjadinya apa yang diakatakan 'janji Melayu'.

Selepas ini, sekiranya ada hendak membuat kenduri, eloklah kita berikan masanya sekali. Sekiranya mahu buat pukul 9 malam, katakan pukul 9 malam. Jangan kata lepas Isya'. Kalau tak, orang datang makanan sudah habis nanti sebab datang pukul 11 malam. Iyalah, lepas Isya' lah katakan.

(Ps : Nasib baik tiada kenduri buat sebelum subuh)

12 comments:

  1. sekarang kat sini semua majlis lepas isya, sebab lepas mahgrib masanya suntuk, lepas ini kena tambah waktu jam berapalah he he he!

    ReplyDelete
  2. IARYYLR : HEHE, SEBELUM SUBUHPUN ISYA' JUGAK..

    ReplyDelete
  3. Eh, sape kate tak de kenduri sebelum Subuh? Ade gak org bt kenduri sahur tau. Heheheheh...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum

    biasanya lepas isyak merujuk kpd jamaah surau / masjid selesaikan mengerjakan solat isyak kan.....dlm kul 9 kot huhuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAHROM : HEHE, NI BUKAN APA.. BARU-BARU NI ADA PERGI KENDURI ORANG MENIKAH, PENGANTINNYA DATANG LEWAT.. TERDENGARLAH PULA CAKAP2 ORANG, TU LA LAIN KALI BGTAU PUKUL BERAPA BUKAN LEPAS ISYA'..

      Delete
  5. hehe..tapi kebiasaannya..dah tau dah.. lepas isyak je.. mesti dalam pukul 9mlm dah datang g kenduri...

    ReplyDelete
  6. haha biasa jugak keadaan begitu kat sini. biasa kalau cakap lepas isya' tu, orang yg pergi jemaah kat masjid/surau, lepas isya akan terus datang ke rumah kenduri tu, sekali dengan tok imam semua. kan tok imam tukang baca doa

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.