Sunday, May 27, 2012

HADIAH MENANG BERMAIN GOLF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang menang main golf? Bukan saya ye.. Bukan saya. Hehe.. Janganlah marah kerana akhir-akhir ini saya suka buat tajuk entri yang suspender suspen saja. Rilekslah.. Jangan nak masam-masam, senyum sedikit muka tu. Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara, tak perlulah kita nak nak marah, masam, sebagainya. Ceria-ceriakanlah hidup kita dengan senyuman. :)

Sebenarnya yang bermain golf itu adalah kartun yang terpapar pada gelas di bawah ini :


Kalau tidak silap, gelas ini saya perolehi semasa saya membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputera Rockers (ASB Loan). Pada tahun berapa tidak ingat. Kiranya sudah lama jugalah. Yang beripun kawan baik saya, satu kampung, bekerja di Maybank. Baru-baru ini dia menunaikan Umrah.. Alhamdulillah, muda-muda dia sudah pergi Umrah. Saya tua dari dia 2 tahun rasanya.


This time I must make it. Apa maksudnya ye? Sekiranya dialih bahasa secara terus maknanya "Masa ini saya mesti membuatnya". Tetapi rasanya yang dimaksudkan adalah "Kali ini saya mesti melakukannya". Melakukan apa? Mestilah Hole in one.. :)

Dan inilah cawangan Maybank yang memberikan gelas ini kepada saya. Maybank Taman Malim Jaya, Melaka.

8 comments:

  1. inilah barang koleksi yang sebelum ini tidak disedari :), menarik :)

    ReplyDelete
  2. IARYYLR : TU LA PASAL.. MEMANG DUK SIMPAN MERATA-RATA.. TAPI SEKARANG SIMPAN SETEMPAT SAJA..

    ReplyDelete
  3. terbaik ni bro.. kalau dulu bersepah, semua sekarang duduk atas rak.. hehe..

    ReplyDelete
  4. EDILELLY : HEHEHE.. MANA TAU NI?

    ReplyDelete
  5. ingatkan hadiah main golf betul tadi..

    ReplyDelete
  6. GOKU : HEHE.. TIPU-TIPU AJE.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...