Tuesday, May 15, 2012

BANGGA DENGAN KAMU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah... Baru nak masuk pertengahan tahun 2012, namun sudah 3 piala sudah kamu rangkul. Tahniah.. Pakcik bangga dengan kamu Kapten. Walau Manchester United tidak menangpun tahun ni tak kisah, sebab anak-anak buah dah beri kemenangan yang berganda-ganda.


Juara MSSM Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Melaka Mewakili Kawasan Tanjong.


Juara Kelab Bawah 12 Tahun Terbuka Negeri Melaka


Juara MSSM Bawah 12 Tahun Kawasan Tanjong, Negeri Melaka


Lepas ini sudah boleh mewakili negeri Melaka bawah 12 tahun. Ayuh Kapten, kita kasi gegau...!!

Ini anak buah saya, namanya Muhammad Nizarruddin. Berbakat besar dalam bola sepak. Sekali lihat dia bermain, seperti orang dewasa. Boleh katakan setiap perlawanan dia ada menjaringkan gol dan gol-gol yang dijaringkan pula memang cantik-cantik. Dengar cerita, di peringkat negeri bawah 12 tahun nanti negeri Johor dan Negeri Sembilan berminat untuk mendapatkan khidmat dia. Tapi tak pastilah, dia akan pergi atau tidak. Hari tu sudah bincang, elok main untuk Melaka saja.

Harap-harap selepas ini dia boleh sambung pelajarannya ke sekolah sukan. Sudah minat dia ke arah itu, harap dia berjaya dalam bidang yang sememangnya dia suka.

14 comments:

  1. nie kalau dapat baju milo free boleh mintak nie.. ha ha ha!

    ReplyDelete
  2. baiklah main utk negeri Melaka sahaja .. buat apa nak main utk negeri lain.

    ReplyDelete
  3. wah kecik2 lagi dah kene sambar dgn negeri lain. hebat2

    ReplyDelete
  4. Heheheheh...semoga boleh bermain smpi ke peringkat dunia (itupun klu Msia dpt kua dr ASEAN)...


    Hehehehe!

    ReplyDelete
  5. haa...ni kalau di asah lagi bakatnya.. dah besar nnt, leh jadi cam sepupu saya laa, terlalu minat dlm bola sepak..dan dah jadi wakil team KL

    mana tau,satu hari nnt adik2 ni..leh masuk team Harimau Malaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg membanggakan!

      MU kalah ek... muahahahaha

      Delete
  6. IARYYLR : BAJU MILO DAH BANYAK DAPAT.. TAPI BEBEUDAK TU PAKAI LER..

    ReplyDelete
  7. A.L : TU LA PASAL.. TAPI MASA SUKMA YANG LEPAS, BEBUDAK FUTSAL MELAKA ADA YANG MAIN NEGERI SEMBILAN..

    ReplyDelete
  8. LYA : SAYA PUN TAK HEBAT MACAM DIA..

    ReplyDelete
  9. FARA : KENA SENTIASA BERFIKIR POSITIF.. MANALAH TAU MEMANG MALAYSIA DAPAT MASUK PIALA DUNIA NANTI..

    ReplyDelete
  10. CMA : INSYAALLAH.. SAYA YAKIN DIA BOLEH PERGI JAUH..

    ReplyDelete
  11. MAMANORIZ : JANGAN SEBUT PASAL MAN. UTD. KALAH.. BOLEH JADI GADUH NANTI.. :)

    ReplyDelete
  12. masukkan dia kat ssbj..pastinya bakat dia semakin diasah untuk menjadi lebih tajam lg

    ReplyDelete
  13. SAHROM : HARAP-HARAP DIA DAPAT NANTI..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.