Sunday, December 11, 2011

MELAKA INTERNATIONAL 12 HOUR WALK 2011





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 10 - 11 Disember 2011 telah diadakan Melaka International 12 Hour Walk 2011 atau dalam bahasa Malaysianya Lumba Jalan Kaki 12 Jam Peringkat Antarabangsa, Melaka 2011. Acara ini diadakan di Bandar Hilir Melaka yang melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara.

Acara ini telah dimulakan pada pukul 8.00 malam (10 Disember) dan berakhir pada pukul 8.00 pagi (11 Disember). Saya yang kebetulan melalui jalan tersebut telah berpeluang menyaksikan acara ini.

Perlumbaan ini sebenarnya telah diadakan buat kali kedua di negeri Melaka di mana pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2010 merupakan tahun pertama acara ini diadakan. Pada tahun ini dilihat sambutannya amat menggalakan dan penyertaannya berkali ganda banyaknya dari tahun sebelumnya.

Saya yang berkesempatan mengambil beberapa gambar untuk simpanan peribadi telah disapa oleh 2 orang peserta yang menginginkan gambar tersebut dengan menanyakan sama ada saya akan meletakkan gambar tersebut di Facebook. Namun saya menjawab ianya hanyalah untuk simpanan peribadi. (sekiranya mereka tahu menggunakan internet, pasti akan terjumpa gambar ini melalui carian ke atas nama acara ini)

Di bawah ini disertakan beberapa gambar acara tersebut :





9 comments:

  1. wah...berjalan waktu malam lagi tu...

    ReplyDelete
  2. YA UM.. DARI MALAM HINGGA KE PAGI. SAYA TAK MASUK PUN, SEKADAR AMBIL GAMBAR SUKA-SUKA..

    ReplyDelete
  3. maun lenguh kaki 12 jam berjalan..

    ReplyDelete
  4. FAIZ : TAPI KONSEPNYA SANTAI.. KALAU PENAT BOLEH BERHENTI REHAT.. KALAU NGANTUK BOLEH TIDUR SEKEJAB.. KALAU PERASAN BANYAH KHEMAH DIDIRIKAN PESERTA UNTUK TIDUR..

    ReplyDelete
  5. agak2 diorang berjalan smpi medan ikan bakar umbai tak?? heheheheheee

    ReplyDelete
  6. SAHROM : MEREKA BERJALAN KELILING BANDAR HILIR SAJA. SEKIRANYA TAK KIRA JALAN, RASANYA SAMPAI KE MUAR..

    ReplyDelete
  7. sama tak byk kuar peluh jalan antara siang dgn mlm ek?

    ReplyDelete
  8. MAMANORIZ : TAK TAU LA PLAK.. SAYA TAK SERTAI PUN.. TENGOK SAJA..

    ReplyDelete
  9. ooo.. tak tau pulak..

    masa SDSI tahun lepas pernah gak ambil gambar2 orang.. pastu terus dia orang suh add kat fb..

    add jugaklah.. dah kita ambil gambar dia kan.. hahaha..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...