Wednesday, December 21, 2011

JANGAN BERAZAM TERLALU TINGGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila hendak menghampiri tahun baru, ramai yang mula memasang azam. Ada berazam untuk mencari jodoh, ada yang mahu beli kereta atau rumah baru, berazam untuk mencari kerja yang lebih bagus dan bermacam-macam lagi. Akan tetapi apabila berazam pastikan azam itu boleh dicapai dan mengikut apa yang kita mampu.


Azam yang dapat dicapai pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati kita, tetapi sekiranya tidak tercapai ia mungkin akan membuatkan kita berdukacita dan sebagainya. Misalannya, apabila seseorang berazam untuk mencari jodoh, namun apabila tiada pasangan yang mahu berkahwin dengan dia, maka mungkin ia akan menerbitkan rasa kecewa.

Azam juga boleh dikaitkan dengan angan-angan atau berangan. Tapi, apabila berangan tu janganlah pula jadi seperti "angan-angan Mat Jenin". Asyik duduk berangan saja. Baru panjat pokok kelapa macam-macam yang sudah di angan-angankan. Itu belum petik lagi, baru di tengah-tengah batang kelapa. Angan-angan itu, angan-angan ini dan akhirnya terjatuh. Langsung tak dapat apa-apa. Hebat betul orang dulu-dulu, buat cerita sampai ke hari ini dapat dijadikan tauladan.

Apa yang ingin disampaikan sebenarnya ialah jangan buat azam yang kita tidak mampu membuatnya atau mencapainya. Buatlah azam yang relevan dan boleh dicapai. Tidak kisah, sesukar manapun, ia boleh dicapai. Jangan sampai pasang azam kita mati hidup semulapun kita tidak boleh capai.

Sebenar-benarnya entri ini berkait rapat dengan diri saya sendiri. Nak dijadikan cerita, tiap-tiap hari saya pulang dari kerja, apabila tiba di suatu persimpangan berlampu isyarat, biasanya akan merah di situ dan saya akan memerhatikan kereta-kereta mewah seperti Toyota Alphard dan sebagainya berdekatan kedai kereta di sebelah kanan saya. Lalu berfikir, bolehkah saya memiliki kereta itu? Segera saya sedarkan diri saya bahawa saya memang tidak layak melainkan saya ada buat kerja sampingan lain yang lebih lumayan berbanding saya sebagai kakitangan kerajaan sahaja.

Saya cuba mempositifkan lagi keadaan dengan mengatakan bahawa saya boleh memiliki kereta tersebut pada suatu hari nanti. Namun didatangi pula bisikan-bisikan yang menyatakan, suatu hari saya boleh membelinya tetapi akan menyusahkan hidup. Bak kata orang besar periuk besar lagi keraknya.

Lepas sahaja lampu isyarat menunjukan warna merah, saya terus berlalu dan angan-angan tersebut juga berlalu bagaikan angin lalu. Tidak mahu saya berazam memilik Toyota Alphard, cukuplah Toyota orang tua yang saya ada sekarang.


16 comments:

  1. erk azam cari jodoh? macam kena je dgn saya. huahauahuahua

    ReplyDelete
  2. besar periuk besar la kerak...aku suka bab tu... :)asal tidak membebankan perbelanjaan tu ok la kan bro....kalau tak memang serabut..... :)

    ReplyDelete
  3. Tak apa klu nak berazam tinggi. Tp jgn mendabik dada. Klu tak mampu, pada muka..

    =p

    ReplyDelete
  4. azam yg tinggi mesti ada usaha yg tinggi gak..

    ReplyDelete
  5. LYA : KAWIN CEPAT.. SERONOK KAWIN NI.. ;)

    ReplyDelete
  6. AMRY : KENALAH BERJAGA-JAGA DALAM PERBELANJAAN.. KALAU TAK, SESAK LE...

    ReplyDelete
  7. FAIZ : SETUJU.. AZAMA YANG TINGGI BOLEH DICAPAI, TETAPI MEMERLUKAN TINGGI KOMITMENNYA..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah azam thn 2011 byk yg tercapai..azam thn 2012 xset lg nie..kena duk diam2 sorg diri then br leh pikir..hihihi :P

    ReplyDelete
  9. org kata klu nak berazam ke SMART...sbg kakitangan kerajaan, klu kita memiliki kereta mewah mcm tue silap gaya SPRM datang rumah huhuhuhhhhhhh

    ReplyDelete
  10. sya tak berani psg azam sbb jenis tak kuat semangat...huhuuuu

    tpi sya nak gak niat tukar keta, tak nak lah Alphard, nak Caldina jerrrr...hehehe

    ReplyDelete
  11. FADHEELA : APA LAGI, PASANG AZAM MAHU KAHWIN LA..

    ReplyDelete
  12. PANGLIMA : TERIMA KASIH KERANA MENGATAKAN BETUL.. BETUL.. DAN BETUL..

    ReplyDelete
  13. MAMANORIZ : ALAMAK.. CALDINA MEMANG CUN LE..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.