Monday, December 12, 2011

DEKAT PERLAHAN, JAUH LAJU





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kesesakan lalu lintas. Ianya boleh berlaku secara berterusan dan ada juga berlaku secara berkala. Di Kuala Lumpur misalnya, memang pada jalan-jalan tertentu pasti akan sesak tak kira masa. Ada juga sesak pada masa-masa tertentu sahaja.

Namun begitu, di Melaka lain pula ceritanya. Kesesakan berlaku terutama di Bandar Hilir akan terjadi pada waktu hujung minggu sahaja. Tetapi, ia akan menjadi kesesakan berganda apabila tiba musim cuti sekolah. Saya yang bekerja di tengah-tengah Bandar Hilir ini amat merasainya kerana memang terpaksa. Keluar dari parkir saja akan ketemu kesesakan. Iyalah, pejabat saya di kawasan Stadhuys (rumah merah), mana mahu lari lagi.

Dalam menghadapi situasi ini, untuk mengelakkan ditimpa kesesakkan yang berpanjangan, terpaksalah menggunakan jalan yang agak jauh untuk ke suatu destinasi bagi menggelakkan kesesakkan. Dengan menggunakan jalan yang jauh ini, kenderaan pun bergerak dengan laju tanpa ada kesesakkan.

Lain pula sekiranya kita hendak melalui juga jalan yang dekat. Maka terpaksalah kita bergerak secara perlahan kerana terpaksa menghadapi kesesakkan lalulintas.

Dari sinilah saya perolehi satu frasa yang saya gubah iaitu DEKAT PERLAHAN, JAUH LAJU bagi mengambarkan kesesakkan lalu lintas yang terdapat di Bandar Hilir.

Sebenarnya, kesesakan ini memang sukar dielakkan kerana terlalu banyak kenderaan yang memasuki Bandar Hilir. Namun begitu, ianya boleh dielakkan sedikit sekiranya pengguna mengetahui adanya jalan lain ke Bandar Hilir selain menggunakan jalan di kawasan Stadhuys. Mereka boleh memasuki dari Tengkera menghala Melaka Raya dan juga dari Bukit Katil - Duyong - Melaka Raya. Rasanya kalau masing-masing tidak tertumpu menggunakan satu jalan, nescaya kesesakkan dapat dikurangkan.

Ada kalanya pihak polis trafik akan berjaga-jaga di Jalan Bendahara dan mengalihkan haluan kenderaan ke arah Bukit Cina untuk mengelakkan kesesakkan yang tebih teruk. Bagi mereka yang kurang faham, ikuti saja arahan polis trafik tersebut kerana memang ada jalan yang lain untuk menghala ke tempat ditujui.

Sekarang pula, telah ada beberapa lokasi yang menempatkan papan tanda JALAN ALTERNATIF KE PUSAT BANDAR atau JALAN ALTERNATIF KE BANDAR HILIR. Arahan ini juga boleh dituruti kerana ianya akan menghala ke bandar Hilir.

Saya sebagai warga Melaka mengharapkan siapa yang membaca entri ini mendapat sedikit panduan. Jom melawat ke Melaka... ;)

23 comments:

  1. saya baru drive pergi-balik hari Sabtu hari tu dari KL-Merlimau-KL. Teringin nak singgah Bandar Hilir / Bandar. Tapi confirm jalan sesak.Melaka banyak sangat traffic light. =(

    ReplyDelete
  2. AIRANIEZ : JALAN PERCUMA PASAL TU BANYAK LAMPU ISYARAT. KALAU TOL TERUS SAJA.. ;)

    ReplyDelete
  3. saya lebih rela ikut jalan jauh asalkan cepat sampai dari jalan dekat yang sesak. kalau jalan sesak, nafas pun jadi sesak, fikiran pun jadi sesak !

    kesesakan di Melaka menandakan negeri Melaka telah maju dan menjadi tumpuan pelancong. syabas.

    ReplyDelete
  4. ko tak pakai motor ker bro..aku kalau ke tempat kerja lebih seesa naik moto...naik kereta rasa terkejar2 masa..kena pulak jem....memang A la. hahaha....

    jem kuat minyak..lancar jimat minyak..huhuhu

    ReplyDelete
  5. jom pakat jem kan melaka? haha!

    (suka melaka!)

    ReplyDelete
  6. Dulu sy belajar kat Lendu. Melaka tu mcm serasi dgn sy. Sy suka masakan Melaka yg bersempadan dgn N9. Dia punya masak cili api (bukan setakat masak lemak cili api tapi sambal cili api juga) mmg terbaek!

    Eh, komen sy lari jauh dari cite sesak jalan. Sy mls nak cite psl traffic jam. Sesibuk mane Melaka tp tak ley lawan jammed kat KL yg serba kalut.

    ReplyDelete
  7. A.L : NANTI SENANG2 DATANGLAH MELAWAT KE MELAKA...

    ReplyDelete
  8. GEDEK : JOM.. BIAR JEM. TAK MENGAPA..

    ReplyDelete
  9. FARA : MEMANG BETUL TU.. JEM KAT MELAKA NI PUN BUKANNYA SELALU..

    ReplyDelete
  10. say ke melaka awal tahun ni dan penah tawaf 7 kali sbb cari parking takde...huwaaaa

    ReplyDelete
  11. MAMANORIZ : ORANG LAIN TAWAF KAT KAABAH, KAMU TAWAF KAT BANDAR HILIR. HEHE.. JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN.. ;)

    ReplyDelete
  12. aah la.. melaka mmg jemm! mase leez kursus + jln2 ngan my 'sayang' kat melaka dolu tu pun t'perangkap dlm jemm jugak! hu3.. tp, melaka mmg best utk jln2 sbb bnyk tempat buleh gi. ;)

    ReplyDelete
  13. ARELEEZ : NANTI SENANG DATANGLAH MELAKA LAGI.. DAH BERTAMBAH BANYAK PRODUK PELANCONGANNYA.. ;)

    ReplyDelete
  14. ya.. Jom melawat Melaka!..

    Hehehe.. Melaka.. memang jalan raya penuh je dengan kenderaan.. lebih-lebih lagi waktu cuti ni..

    siang ke malam ke.. banyak je keretanya..

    ReplyDelete
  15. melaka ku syg !
    nasib baik saya kerja kat batu berendam
    tak sesak. hihihi

    ReplyDelete
  16. thanks for share... bestlah nih panduan :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  17. time cuti ni jgnler kau nak merayap kat town... makan asap jek lebih nnt..huhu

    ReplyDelete
  18. insyaAllah bro..nnti aku ikut jalan yg ko ckp tue..tp tak dpt la lihat pemandangan yg best2 kan huhuhhhh

    ReplyDelete
  19. SAHROM : NAK PEMANDANGAN BEST JALAN KAKI LER..

    ReplyDelete
  20. FTR : JOM PROMOSI MELAKA.. HEHE.. RAKYAT MELAKA MEMANG "THINK TOURISM" ')

    ReplyDelete
  21. LYA : BATU BERENDAM TAK BERENDAM KE MUSIM HUJAN NI.? ;)

    ReplyDelete
  22. KONDE : TERIMA KASIH KEMBALI.. JOM KE MELAKA..

    ReplyDelete
  23. MADAM : CUKUP MAKAN ASAP.. ? ;)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...