Wednesday, December 28, 2011

CAMERON HIGHLANDS.. TUNGGUUUU...





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Teringat pula pada cerita KL Menjerit masa Rosyam Noor menjerit Kuala Lumpur, Tungguuuu... Masa dia berhajat ke Kuala Lumpur. Tetapi pada entri ini saya letakkan tajuk Cameron Highlands.. Tungguuu... kerana kebetulan saya baru pulang dari Cameron Highlands.

Sebenarnya saya tidaklah gemar sangat untuk bercerita tentang hal peribadi, tetapi kadangkala rasa ingin berkongsi tentang sedikit pengalaman saya di sana. Saya pergi bersama isteri dan anak dan tidak lupa juga ayah bonda dan adik beradik yang lain. Kami menyewa "apartment" memandangkan jumlah kami yang ramai.


Inilah kali kedua saya jejakkan kaki di Cameron Highlands selepas yang pertamanya saya melawat ketika rombongan sekolah semasa darjah enam. Nampaknya, agak berbeza sedikit suhunya jika dibandingkan semasa dahulu. Kalau dahulu seingat saya, apabila bercakap mulut akan "berasap" kerana sejuk, tetapi kini, tidak lagi. Bayangkan, di tengah malam sudah mulai rasa hangat. Saya yang mulanya berpakaian baju dan berselimut tebal akhirnya membuka pakaian tebal dan selimut.

Rombongan darjah 6. Penulis bercermin mata.. ;)

Kesesakan juga melampau. Saya tidak pastilah sama ada kesesakan ini terjadi semasa cuti umum atau setiap hari. Saya terperangkap beberapa kali apabila hendak ke pasar malam di situ. Terperangkap hampir 2 jam. Malam yang pertama tidak dapat pergi kerana kelewatan, keesokan harinya kami keluar awal untuk menempuh kesesakan dan akhirnya tiba juga di pasar malam tersebut.

Huh.. Memang teruk kesesakannya...

Seperti biasa, di Cameron Highlands pastinya kita akan pergi melawat ke Ladang Teh yang mana sudah memang "habitat" teh untuk hidup segar di tanah tinggi.



Selain dari melawat ladang teh, tidak lupa juga untuk melawat ke tempat penanaman bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Ingatkan dapat rasa memetik buat strawberi, tetapi malangnya tidak dapat kerana kekurangan buah. Jadi, hanya melihat-lihat saja persekitaran yang dipenuhi pelbagai bungaan dan sayuran.


Erm.. Sesiapa yang pernah pergi ke Cameron Highland tu, bolehlah berkongsi-kongsi cerita di sini. Bagi saya, ia kurang dari segi keseronokan, mungkin saya lebih terdedah dengan kesesakkan lalu lintas dan menyebabkan saya sedikit bengang, yang lain itu kira okeylah. Dapat menghirup udara segar, dapat melihat kehijauan, mendengar kicauan burung dan unggas.

Muhammad Fahim kesayangan...

Saya dan isteri...

(Ps : Nak pergi pastikan brek kereta dalam keadaan baik. Tayar juga kena pastikan dalam keadaan baik. Di sana memandu di kawasan berbukit, tayar memerlukan cengkaman yang baik)

20 comments:

  1. saya paling last pergi cameron masa tahun 2000 kot. hoih punya lama

    eh takde sourvenir ke. ala kita kan kawan senegeri
    hikhikhikhik
    *baik punya kecek ni*
    hahaha

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bro..

    pasar malam brinchang tue mmg sesak banget kan...aku pun pernah alaminya pasa naim cameron ari tue..

    apepun, aku rasa cameron mmg ok dan masih sejuk lg cuma kesesakan yg buat kita rasa tak seronok huhuhhhh

    ReplyDelete
  3. Sy pun kurang gemar. Tp klu na share cite jln2, ape salahnya...Hiks!

    ReplyDelete
  4. gambar teh je?Bunga ros takde?huhu..
    Saya pun tak ingat bila kali terakhir pergi sana..orang kata Fraser Hills sejuk lagi..wallahualam...

    ReplyDelete
  5. LYA : KAMU LAMBAT MINTA LA.. CENDERAMATA UTK RAKAN PEJABAT SAJA YG SAYA INGAT.. KALAU ADA TERLEBIH KE, BOLEH SAYA BERI.. ;)

    ReplyDelete
  6. SAHROM : WSALAM...

    C.H MEMANG SEJUK LAGI TERUTAMA PETANG MENJELANG MALAM DAN PAGI..

    ReplyDelete
  7. FARA : AWAK TU PUN SESEKALI CERITALAH PASAL PERCUTIAN AWAK..

    ReplyDelete
  8. AIRANIEZ: AAH YE.. KENAPA SAYA TAK JUMPA BUNGA ROS..?

    ReplyDelete
  9. CH terkenal dengan teh....

    tapi tada 'teh tarik' yg sedap di sana...

    hehe

    ReplyDelete
  10. GEDEK : BANG, TEH TARIK KAT LADANG BARAT HARGANYA RM3.50 SEGELAS.. BIASA2 JE RASA DIA.. SIAP LALAT MASUK LAGI.. MINUM TAK HABIS LE..

    ReplyDelete
  11. perghhh.. jenjalan ke cameron.. best tuuuuuuuuuuu.. ^^,

    ReplyDelete
  12. As-salam FAIRUS
    Pak Temuk mohon izin singgah. Seronok baca cerita cuti famili muda ke tanah tinggi tu. Masalah kesesakan di CH memang tak menyeronokkan. Saya pun baru ke situ. Ada satu entri yang saya buat baru-baru ini berkaitan CH. Insya-Allah ada yang keduanya kemudian. Ketemu lagi!

    ReplyDelete
  13. WSALAM PAK TEMUK.. YA BENAR, KESESAKAN MEMBUATKAN KITA RASA KURANG NAK SERONOK.. ;)

    TERIMA KASIH KERNA SINGGAH..

    ReplyDelete
  14. baru semalam aku g ipoh...tak masuk la pulak aku simpang ke cameron highland...tak pernah g pun..mungkin belum masanya..duu pun belajar kat ipoh, tak pernah juga nak singgah ke sana
    kawan aku ada gtau cameron dulu ngan sekarang dah tak sama..kan dah pernah masuk TV3 banyak penebangan kat sana..mungkin sebab tu la kot suhunya meningkt sekarang..hmm...

    ReplyDelete
  15. AMRY : CAMERON KIRA OKEY2 SAJA..

    ReplyDelete
  16. simpan lagi gambo darjah 6, good!

    tpi mmg byk beza cameroon dulu dan sekarang kan..

    ReplyDelete
  17. MAMANORIZ : GAMBAR TU DAPAT DI MUKABUMU.. KAWAN YANG TANDAKAN SAYA..

    ReplyDelete
  18. Kalau ke CH lagi jangan lupa lawat Galeri Aromaterapi Nano Mikro-fungus House of Magic Potions di Taman Royal Lily Tanah Rata. Page link di www.deegate.com

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.