Saturday, December 31, 2011

BUKAN SENANG BERKUASA





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memang bukan senang apabila berkuasa dan ada juga yang senang bila berkuasa. Tetapi dalam konteks ini saya ingin menyatakan orang yang berkuasa sebenarnya bukanlah senang. Senang di sini bukanlah bererti senang dari segi harta benda, tetapi bukan senang untuk melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Gaji Ketua Setiausaha Negara dengar-dengar menjangkau RM 60,000 sebulan. Mak datuk, tingginya. Dari segi mata biasa mungkin ia dilihat melampau, tetapi hakikatnya ia adalah memadai dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan beliau. Kita sebagai orang biasa ini apabila diberikan tugas di tempat, ada kalanya kena siapkan cepat sehingga ke hari malam. Ini kita orang biasa, tapi mereka-mereka yang yang berjawatan tinggi ini lagilah teruk kerjanya. Jangan kata malam, mereka kerja hingga larut malam untuk menyempurnakan sesuatu tugas negara. Apa-apa hal yang kena marah, maki, hina adalah dia. Kerana dia adalah ketua.

Kalau kita tamat kerja pukul 5.00 petang sudah balik, berehat dengan anak isteri di rumah. Mereka? Balik rumahpun jarang dapat bermesra dengan isteri anak. Di rumah masih lagi memecahkan kepala memikirkan itu ini. Bercutipun mungkin setahun sekali. Pendek kata kehidupan sosial mereka kurang. Asyik dengan kerja, kerja dan kerja.

Lain pula ceritanya baru-baru ini berkisar dengan pegawai Kastam yang mati ditembak. Difahamkan beliau adalah pegawai yang aktif dalam melaksanakan tugas dan sering melakukan operasi. Dengan kuasa yang ada, memang patutlah apa yang telah beliau lakukan, membendung negara dari anasir penyeludupan dan segala ketidakakuran perundangan berkaitan kastam. Secara peribadi, saya katakan beliau adalah wira. Terkorban kerana melindungi negara. Terkoban kerana pangkatnya sebagai pegawai kastam. Sedarlah wahai pegawai-pegawai kastam yang lain, rakan anda itu sanggup mempetaruhkan nyawa dalam bertugas, janganlah pula anda sekalian sanggup memperkotak-katikan kerjaya anda dengan menerima rasuah. Sesungguhnya sekiranya anda menerima rasuah, anda bukanlah wira sebaliknya musuh negara. Musuh dalam selimut.

Dan apa yang hendak diceritakan ialah tentang diri saya sendiri. Baru-baru ini saya diberikan sedikit kuasa oleh Bos saya untuk menyokong sesuatu perkara bagi memberikan sesuatu itu pada pemohon (Ini bukanlah sesuatu yang amat besar). Sebelum membuat penyokongan, saya kenalah buat pemantauan untuk memastikan pemohon itu membuat apa yang ditetapkan. Dalam beberapa minggu, pemohon-pemohon tersebut telah mendapat sesuatu yang diinginkan atas surat sokongan saya buat dan ditandatangi oleh bos.

Namun dalam beberapa hari datang 3 ke 4 orang pemohon yang tidak dapat dan tercicir telah mendatangi saya dengan merayu itu ini. Bukan hanya hadir ke pejabat saya saja, yang telefonnya lain. Mana dapat nombor telefon bimbit saya pun tidak tahu. Sekali lagi mendengar "tolong encik.. tolonglah encik..."

Dalam pemikiran, saya lantas berfikir, oh.. inilah akan terjadi jika kita memiliki kuasa untuk menyokong atau meluluskan sesuatu. Kalau yang jenis makan rasuah, pasti akan mengkehendakkan sesuatu sebaik saja permohonan mereka disokong atau diluluskan. Ya Allah, Mohon dijauhkan.

Akhir kata, kepada sesiapa yang berkuasa, janganlah jadikan kuasa yang dimiliki itu untuk menunjuk-nunjuk dan menindas orang bawah. Jadikan kuasa itu sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

(Ps : Ultraman kalau kekurangan kuasa, butang di dadanya akan bunyi tit.. tit... tit... )

10 comments:

  1. mula-mula baca serius je rasa..

    tak bleh blah part last tu..

    ada jugak selit pasal ultraman.. hahaha.. ;P

    yelah.. bekerjalah kerana-Nya.. moga hidup lebih berkat... InshaAllah.. ^^,

    ReplyDelete
  2. biasalah bab berkuasa ini, apa kata kita selidik tangga gaji, elaun mereka yang sama berkuasa diluar negara, wah! jangan terkejut! :).

    ReplyDelete
  3. aku baca entry ko ni..nak bagi komen yang bernas..sampai part akhir..ada pulak part ultramen tu...adoiiii...spoil der..hahahahahahha....
    itu dari segi amanah tanggungjawab kan bro...yang gila kuasa lain pulak..yang tu terang-terang hanya inginkan kuasa tanpa memikirkantanggungjawab yang bakal dipikul.asalkan dapat jawatan yang dikehendaki....dah puas hati....
    cukup fade-up yang jenis "kipas" untuk dapat jawatan....depan bos lain..belakang bos lain pula.hmmm...
    tak tuding jari sesaper yer....peace :)

    ReplyDelete
  4. Entri sikit punya serius..Bahagian akhir memang menghentam *keseriusan* tu..Haha.

    Selamat Tahun Baru Encik Fairus. Semoga tahun 2012 membawa seribu keberkatan buat Encik Fairus & keluarga.Amin~

    ReplyDelete
  5. FTR : YANG AKHIR TU, NADANYA SEPERTI JENAKA, TETAPI CUBA FIKIR DENGAN MAKNA YANG TERSIRAT..

    ReplyDelete
  6. IARYYLR : BELUM DISELIDIK LAGI.. NANTI2 SAYA SELIDIK..

    ReplyDelete
  7. AMRY : YANG AKHIR2 TU, SAJA MEREDAKAN KEADAAN.. ;)

    ReplyDelete
  8. AIRANIEZ : SELAMAT TAHUN BARU JUGAK UNTUK KAMU.. ;)

    ReplyDelete
  9. betul, jgn salah guna kuasa...
    dan jgn sesekali menyeleweng...

    sya ni pegawai bawah biasa je, keje di IPTA yg ramai lagi bijak pandai Prof berpangkat JUSA tpi sbb sya ada kuasa melulsukan claim maka otomatik prof tu kena ikut ckp...hehehe

    apapun, kena cari keberkatan dlm rezeki..

    ReplyDelete
  10. MAMANORIZ : HEHE.. CUBALAH SEKALI AWAK BUAT2 LUPA NAK LULUSKAN TUNTUTAN MEREKA.. BAGAIMANA AGAKNYA PERASAAN MEREKA.. ;)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...