Chenta Creative Hijab

Followers

Saturday, December 17, 2011

BENARLAH ORANG YANG TAMAK SELALU RUGI





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tamak adalah suatu sifat yang tidak baik. Orang yang bersifat tamak biasanya akan menerima kerugian pada waktu terdekat mahupun pada suatu masa yang mendatang. Dalam Bahasa Melayu terdapat peribahasa-peribahasa yang mengambarkan sifat tamat yang selalunya merugikan manusia. Antara peribahasa yang terkenal iaitu "Orang Tamak Selalu Rugi, Bagai Anjing Dan Bayang-Bayang" dan satu lagi iaitu "Yang Dikejar Tidak Dapat Dan Yang Dikendong Berciciran".

Kedua-dua peribahasa ini menunjukan seorang individu itu telah menerima sesuatu di dalam genggamannya, namun akibat sifat tamaknya untuk mendapatkan sesuatu lagi di luar genggamannya, maka apa yang telah amat yakin diperolehinya terlepas begitu sahaja. Namun dia mungkin akan bernasib baik sekiranya apa yang dikejarnya itu dapat, kalau tidak dapat? Jadinya semuanya terlepas, baik dari apa yang dia perolehi dan apa yang dikejarnya.

Sebagai contoh; Si A telah ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat B yang besar dan akan mula melaporkan diri pada masa satu minggu lagi. Namun dalam masa yang sama, Si A telah tertarik dengan satu lagi syarikat C yang lebih besar yang sedang menawarkan kerja. Dengan kegopohannya dan sifat terlalu yakin bahawa dia dapat bekerja di syarikat C, maka dengan senangnya dia melepaskan untuk melaporkan diri di syarikat B dan mula pergi ke syarikat C untuk mencari kerja. Namun, hendak dijadikan cerita syarikat C tiba-tiba bankrap dan tidak lagi mengambil pekerja. Akhirnya si A telah terlepas kedua-dua tawaran pekerjaaan walhal syarikat B telah amat yakin akan mengambil dia bekerja.

Entri ini membawa kita supaya berfikir supaya janganlah sesekali mempunyai sifat tamak. Tamat tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sifat tamak biasanya diekori dengan perasaan ego. Jadi, sama-samalah kita hindari sifat ini.

Sumber gambar : Google Image

6 comments:

  1. kuasa, pangkat dan harta tidak memerdekakan seorg yang tamak. Disitulah bermulanya agenda memfitnah, membodohkan org lain dan mengajar org lain membina sangkaan bukan berdasarkan kepada ilmu dan fakta

    ReplyDelete
  2. ANON : ERM... MUNGKIN JUGAK TU..

    ReplyDelete
  3. jauhilah daripada sikap tamak :) tamak akan merugikan diri sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SESUNGGUHNYA SIKAP SEPERTI INI MEMANG WAJIB DITINGGALKAN..

      Delete
  4. SELAMAT DATANG KE BLOG CINRAI.INI LAMAN WEB SAYA WWW.CINRAI.BLOGSPOT.COM JIKA BOLEH BLOG CINRAI DI SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ANDA DI SANA.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...