Thursday, December 8, 2011

BAHASA NEGERI MELAKA YANG MUNGKIN KAMU TIDAK TAHU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang pernah pergi ke negeri Melaka, angkat tangan... Hehe.. Ramainya yang pernah datang ke sini ye. Maklumlah Melaka kan Bandaraya Warisan Dunia dan seperti slogan negeri Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. Emm.. Memang tidak dinafikan, bilangan pelancong ke negeri Melaka dari tahun ke tahun telah meningkat dengan mendadak.



Namun begitu, bukan pasal pelancongan yang saya ingin tuliskan dalam entri ini. Saya mahu berkongsikan perihal bahasa yang digunakan oleh orang negeri Melaka yang kemungkinan besar tidak diketahui oleh orang ramai dari negeri lain. Saya membuat entri ini dengan merujuk pada dinding Facebook rakan saya yang baru saya baca. Tetapi saya membuat olahan sendiri supaya memungkinkan orang ramai lebih memahaminya.

Okey, sekiranya berminat untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh orang negeri Melaka, bolehlah terus membaca di bawah ini :-

1) Kensal - Tuala mandi
(ada yang menyebut kain sal)

2) Hawau - Bermaksud "tak guna betul kau ni"
(biasa perkataan yang diluahkan "hawau kau")

3) Godak - Mengacau
(biasanya digunakan semasa mahu mengacau air. "Kau tolong godakkan air kopi dalam kole tu")

4) Kahau - Cakap kasar
(contoh ayat : "kahau la kau ni...")

5) Lahabau - Maksudnya seperti apa khabar
(perkataan ini memang biasa digunakan seperti "lahabau kau, aku ingat kau dah mampus...")

6) Membaghah / Mencekik - Makan
(contoh ayat : "mencekik je kau tau...")

7) Kepau - Bersepah
(contoh ayat : "Buat kepau je kat bilik aku...")

8) Kumbah - Menterbalikan / Menyelerakkan
(contoh ayat : "penat aku lipat baju, kau kumbah buat ape?")

9) Dak - Perkataan awalan sebelum menyebut nama seseorang
(contoh ayat : "Kau kenal tak dak Fairus?")

10) Membongkang - Tidur yang amat lena
(contoh ayat : "Keje membongkang je kau tau...")

11) Nau - Akhiran yang membawa maksud benar
(contoh ayat : Besau nau, jauh nau, tinggi nau)

12) Antu - Perkataan awalan sebelum menyebut nama seseorang
(contoh : "Alaaa... tak kan tak kenal antu Jarah...")

13) Lopak - Kotak pensil
(perkataan yang biasa budak-budak sekolah tuturkan)

Sebenarnya banyak lagi bahasa-bahasa yang digunakan oleh orang Melaka, ada antaranya saya sendiri tidak mengetahuinya. Tetapi apabila dilihat kembali perkataan-perkataan ini kadangkala terketawa sendiri kerana ada yang sudah lama saya tidak tuturkan.

Nak ditambah lagi, sekiranya akhir ayat berakhir dengan huruf A, ia akan digantikan dengan huruf E dan sedikit meleret contohnya, iye le... , pergi mane... , ikut suka hati kau le...

Dan pastinya seperti yang diketahui ramai bahawa setiap perkataan yang berakhiran dengan huruf R akan digantikan dengan huruf U seperti frasa yang popular ini; Ulau Melingkau atas Pagau.

Okeylah... Selamat mempelajari bahasa orang Melaka. Bahasa saja nampak kasar tetapi orang Melaka ni semuanya baik-baik belaka. kalau tak percaya datanglah ke Melaka. :)

47 comments:

  1. haaa ada jugak yg saya x pernah dengar
    kahau tu first time dengar. hehehe

    ReplyDelete
  2. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  3. aku pnh kne masa study dulu..kwn aku melaka tegur aku..

    "lahabau kau..asyik dpt A je...bile ko nak fail" hahahaha..rupanya dia melawak....

    ReplyDelete
  4. LYA : BAGI SAYA, ADA JUGA PERKATAAN TERSEBUT TIDAK SAYA GUNAKAN..

    ReplyDelete
  5. SAHROM : BAHASA SAJA NAMPAK KASAR.. HATI BUDI OKEY. ;)

    ReplyDelete
  6. Kasaq betoi bahasa orang Melaka no!hehehe...
    First time kenal dgn perkataan ni. Tak pernah dengar lagi sebelum ni.
    Cikgu Tie pernah kawan dgn org Melaka...baik sangat, tapi dia cakap tak guna pun perkataan2 ni. Mungkin bukan orang Melaka tulin kot no!

    ReplyDelete
  7. CIKGU TEI : SAYA PUN ADA TAK GUNA PERKATAAN NI..

    ReplyDelete
  8. cohau.... ada sesape yang tahu makna dia x? ni kuiz anjuran Panglima ni. Tumpang kat sini jap...

    ReplyDelete
  9. PANGLIMA : AISEYMAN... TAK TAU PULAK. APA MAKNANYA TU?

    ReplyDelete
  10. E.M : NI BARU SEDIKIT. ADA BANYAK LAGI YANG TIDAK DINYATAKAN DI ATAS.. ;)

    ReplyDelete
  11. pergh!!kasar + tergeliat lidah nak sebut..hohohoho....dalam semua perkataan tu..aku pernah dengar lahabau jer..huhuhuh..waktu tu tempat aku lahabau tu macam mencarut jer....macam celaka kau..hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la rasanya lahabau tu makian.. bukan tya khabar..

      Delete
    2. tu la rasanya lahabau tu makian.. bukan tya khabar..

      Delete
    3. Kalau makian pun, bukan benda yang tak elok.. Amat biasa digunakan tanda keakraban..

      Delete
    4. Lahabau tu bahasa pinjaman dari bahasa arab yg bermaksud 'apa khabar'..malaysia ni kan kaya dengan bahasa..kaya dengan bahasa pinjaman..hehe

      Delete
  12. hahaha.. setiap negeri pasti ada bahasa yang unik..

    dulu kengkawan saya asyik tanya..

    kenapa suka sebut perrkataan 'dak' tu.. entah.. dah memang biase tersebut kan..

    yang tak boleh blah.. ade ke orang luar dari melake sebut kereta waja tu waje.. pelik je bunyinya..

    walaupun kite selalu tukar huruf hujung a kepada e tapi tak semua perkataan boleh tukar sesuka hati kan..

    sama lah jugak dengan perkataan 'lancar'.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. saya budak skola, bru pndh melaka... bru thu org melaka ni ckp kasar skit... haha. tpi best la, blaja bnda bru, kwn pon rmi. trigt masa kawan mintak pencil case dlu. lopak...lopak...pe bende la uh... igtkan lopak air xD

    ReplyDelete
  14. saya budk baru pindah melaka... bru thu org melaka ni ckp kasar skit... haha.. tpi best la jugak blaja bende bru. tringt masa kawan mintak pencil case dulu2... lopak..lopak... menatang apa la tuh, ku pikir lopak air. rupenyerr pencil case

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE.. TAK KENAL MAKA TAK CINTA..

      Delete
  15. pernah dengau org mrh kat seseorg dia pggil jantan kelepeh tak???
    kg sy kat blah masjid tanah sane ade le dorg ckp mcm tu....

    ReplyDelete
  16. pernah dengau org pggil jantan kelepeh tak????
    kat kg sye blah Masjid Tanah,Tanjung Bidara boleh dgr kalo org ckp mcm tu...

    ReplyDelete
  17. pernah dengau org mrh kat seseorg dia pggil jantan kelepeh tak???
    kg sy kat blah masjid tanah sane ade le dorg ckp mcm tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANTAN KELEPEH.. APE TAK PERNAH DENGAUNYE.. BIASA DENGAU DULU-DULU..

      Delete
  18. semua perkataan ni saya guna...tp ble ckp dgn kawan kne cover..nnt ade je yg ttaw..klau ayh sy ckp..mmg rmai ingt ayh sy ksar+grang pdhal tkda pn...

    ReplyDelete
  19. semua perktaan di ats sy pena guna..ade byk lg prktaan yg tidak di tlis..hehehe....

    ReplyDelete
  20. semua perkataan ni saya guna...tp ble ckp dgn kawan kne cover..nnt ade je yg ttaw..klau ayh sy ckp..mmg rmai ingt ayh sy ksar+grang pdhal tkda pn...

    ReplyDelete
  21. kalau balik kampung kat msjid tanah , kompem denga perkataan ni semua . kekadang konfius mak itam tu tengah marah ke ape . haha mmg style diorang ckp cmtu xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat area Masjid Tanah biasanya dah masuk slang N.9

      Delete
  22. Meringgol tu ape ea? --"
    Ade org ckp kt sy prktaan tu,help me please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mengimol kot.. Kalau mengimol tu maksudnya beriya-iya.

      Delete
  23. Mengayau@membetau-berjlan-jln@bersiar-siar.
    Menyelanak-membuat sesuatu keje dgn tenage yg kuat.
    Hehehe.saye anak jati melake.

    ReplyDelete
  24. Membetau@mengayau-berjln-jln@bersiar-siar.
    Menyelanak-membuat sesuatu keje dgn tenage yg kuat
    Hehehe saye anak jati melake.

    ReplyDelete
  25. Membetau@mengayau-berjln-jln@bersiar-siar.
    Menyelanak-membuat sesuatu keje dgn tenage yg kuat
    Hehehe saye anak jati melake.

    ReplyDelete
  26. Admin ada gak perkataan "bak tang" mksd dia, mutusamy 'bawak sini' barang tu..����

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...