Tuesday, November 15, 2011

TELAH MARTABATKAH BAHASA MELAYU?





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini saya membuat tajuk ini kerana terpanggil setelah membaca kandungan cerita di dalam blog KomenSen. Pokoknya sekarang benarkah Bahasa Melayu kita telah dimartabatkan? Apakah buktinya? Rasanya kerajaan sendiri yang tidak memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kita.


Pihak kerajaan mencanangkan cintailah Bahasa Melayu, martabatkan Bahasa Melayu sehingga setiap tahun ada disambut Bulan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Kebangsaan itu apa? Tentulah Bahasa Melayu. Tapi mengapa tidak pula kerajaan mempertahankan Bahasa Melayu ini? Saya petik lagi contoh yang diberikan dari blog KomenSen yang memberikan contoh kerajaan membangunkan Greater KL dan Kuala Terengganu City Centre. Persoalannya mengapa perlu Bahasa Inggeris? Bahasa Melayu sudah kehabisan perkataan ke? Bukankah elok sekiranya Greater KL tu ditukarkan kepada KL Terbaik atau KL Terhebat. Salahkah? Bukahkah sedap juga bunyinya. Begitu juga dengan Kuala Terengganu City Centre bukahkah lebih elok diberikan nama Bandar Utama Kuala Terengganu ataupun seperti diberikan contoh dari KomenSen iaitu Anjung Kuala Terengganu atau Serambi Kuala Terengganu. Ini tidak, bahasa Inggeris juga yang diagungkan.

Di sini kita perlu kaji peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pihak ini harus berdiam diri sekiranya penggunaan Bahasa Inggeris lebih diutamakan? Bahasa Melayu juga merupakan bahasa Ilmu. Bahasa Melayu perlu diketengahkan lebih berbanding bahasa-bahasa lain. Lupakah kita yang Bahasa Melayu satu ketika dahulu telah menjadi Lingua Franca di rantau Nusantara?

Begitu juga penggunaan Bahasa di papan-papan iklan di kedai-kedai. Bermacam-macam bagai. Dari Bahasa Inggerisnya sehinggalah ke Bahasa Mandarin dan Tamil. Pada pendapat peribadi saya, semua itu perlu ditukar kepada Bahasa Melayu. Di manakah identiti kita kalau bukan dari bahasa. Saya yakin bahawa pelancong sekalipun mahu lihat tulisan bahasa Melayu kita sendiri terpampang di mana-mana dan bukannya tulisan bahasa yang berbagai-bagai.

Di sini bukanlah saya mengatakan bahawa berbahasa Inggeris itu tidak boleh. Boleh, tetapi dengan orang asing yang tidak mengetahui Bahasa Melayu. Di kalangan kita ini yang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum adalah lebih baik menggunakan Bahasa Melayu semasa bertutur dan dalam apa-apa acara rasmi ataupun tidak rasmi. Bukannya apa, kita di Malaysia, Bahasa Kebangsaan kita adalah Bahasa Melayu. Hormatlah sedikit Bahasa Melayu ini. Tidaklah nanti ada kaum-kaum di Malaysia ini tidak mengetahui ataupun tidak lancar berbahasa Melayu.

(Ps : Terdapat sedikit perubahan dalam gaya penulisan. Siapa yang biasa membaca blog ini, harap dapat menerimanya. Kadangkala kita harus membuat perubahan ;)

18 comments:

  1. Bahasa Melayu tetap di hati. Tapi sekarang saya nak latih bahasa Inggeris. huhuhu..

    Kadang-kadang cemburu tengok pelajar asing yang fasih berbahasa melayu..

    ReplyDelete
  2. FTR : TAK SALAH KALAU NAKA BELAJAR BAHASA INGGERIS, TAPI JANGANLAH PULA MEMARTABATKAN BAHASA ITU LEBIH DARIPADA BAHASA MELAYU SENDIRI... ;)

    ReplyDelete
  3. btol tu..cakap nak memartabatkan bahasa melayu tapi kurang praktikalnya...

    ReplyDelete
  4. Mungkin mereka banyak guna bahasa 1Malaysia kot. tercampur aduk la bahasa melayu kita.kan bagus kalau kita contohi Jepun yang begitu memartabatkan bahasa kebangsaan mereka. beduk dipalu kuat tapi sayang bunyinya tak sekuat paluan.

    ReplyDelete
  5. hr tu aku kena pergi masa majlis pelancauan dia..kikki

    btw : eh aku tak jumpa button COMMENT kau kt HOME la nok, kecuali aku klik kat tajuk entry bru jumpa...

    ReplyDelete
  6. FAIZ : NAK KATAKAN KESALAHAN AGENSI PELAKSANA TAK JUGA. KESILAPAN MEREKA-MEREKA YANG TAK PANTAU DAN TIDAK SERIUS..

    ReplyDelete
  7. ANON : SUKA PADA "BEDUK DIPALU KUAT TAPI BUNYINYA TAK SEKUAT PALUAN"

    LEPAS NI GUNA MIKROFON SAJE LA..

    ReplyDelete
  8. MADAM : AKU PUN TAK TAHU NAPE.. DULU OK JE.. MEMAMNG KALAU ORANG NAK KOMEN KENA KLIK KAT TAJUK TU..

    ReplyDelete
  9. Susah banyak kepala. Apa-apa halpun kena tengok tokey besar dulu. Tu je la yang aku boleh tulis...

    ReplyDelete
  10. blog komensen mmg hebat bro..maklumla, org JUSA baru pencen..byk idea...tue...

    aku stuju dgn bro..mmg kerajaan tak amek berat hal ini..

    ntahla..interview pun la nie krajaan dh guna BI cikit2 huhuhhh

    ReplyDelete
  11. SAHROM : PERGH.. PENCEN JUSA KE? PATUT LAIN MACAM JE.. TU LA PASAL.. BUKAN KITA TAK RETI BAHASA INGGERIS, CUMA RESPEKLAH SEDIKIT BAHASA MELAYU KITA NI..

    ReplyDelete
  12. Assalam..
    Masa di U dulu pun pensyarah saya ada kata tentang hal ni..DBP asyik nak buat atau ulas Sajak, pantun je. Kenapa tak diterjemahkan buku bahasa Inggeris ke BM. Banyak ilmu tinggi dalam buku BI boleh dibaca jika ada dalam BM.

    ReplyDelete
  13. Saya sangat sokong & suka entri ini.Saya juga bersetuju bahawasanya Bahasa Melayu patut dimartabatkan bukan hanya dengan kempen *Bulan Bahasa* tapi dalam urusan yang membabitkan kerajaan dan swasta. Oh, dalam ucapan menteri-menteri di TV juga! Haha.

    (Penat tak menulis dalam Bahasa Melayu skema begini? Haha.)

    ReplyDelete
  14. IZA : WAALAIKUMSALAM.. AAH, PUNYA BANYAK BUKU MAT SALEH, PERGILAH ALIHKAN BAHASA. BARULAH ADA KERJA.

    ReplyDelete
  15. AIRANIEZ : SUSAH MAU CAKAP LAGI..

    ReplyDelete
  16. Sy sgt sokong entry ini dan Pakcik 110%!

    Tapi, msh ada yg cuba nak menyebelahkan Bahasa Inggeris! Pelik!

    ReplyDelete
  17. FARA : MEREKA FIKIR BAHASA INGGERIS LEBIH BAIK LA TU AGAKNYA..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...