Friday, November 18, 2011

KAPAL SELAM TERDAMPAR DI DARATAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dua hari yang lepas saya ada membuat cerita bertajuk Kapal Selam Selamat Sampai Ke Melaka di mana kerja-kerja mengangkut kapal selam sedang dijalankan untuk dibawa ke daratan. Pada hari ini saya sertakan bersama gambar-gambar kapal selam yang telah berjaya diletakkan di lokasi cadangan Muzium Kapal Selam.

Saya hadir ke tapak untuk menghadiri majlis ringkas doa selamat di mana ianya turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Pada masa ini kapal selam ini sedang dijalankan kerja-kerja pembersihan udara di dalam badan kapal selam tersebut bagi memastikan ianya selamat. Di dalam gambar, boleh dilihat sepasukan anggota bomba sedang melaksanakan tugas.

Buat masa ini kapal selam ini dibuka untuk tatapan umum sebelum ianya ditutup bagi kerja-kerja menaiktaraf. Baru sahaja berita kapal selam ini telah selamat diletakkan di lokasinya, telah ramai warga Melaka yang datang untuk menyaksikan kapal selam ini. Begitulah kekreatifan kerajaan negeri Melaka yang pandai untuk mengambil peluang untuk memajukan sektor pelancongan negeri.

Di bawah ini disertakan beberapa gambar untuk tatapan semua.

Kapal Selam Ouessant (Kelas Agosta)

Kerja-kerja membersihkan udara di dalam badan kapal selam

Kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka

YAB Ketua Menteri dan bos besar saya bersedia untuk naik ke kapal selam

Naik menggunakan "skylift" bomba

Bacaan doa selamat. Semoga selamat semuanya.

Sempat bergambar kerana keterujaan dengan kapal selam ini.

10 comments:

  1. melaka yang hebat !!!!!!!!
    i lapp u melaka

    eh awak orang melaka eh? hihihi

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..datang follow sambil tengok cerita kapal selam di sini =)

    ReplyDelete
  3. sama lak warna baju dgn menteri ek...hehehe

    dia tak kasi org ramia naik sekejap kapal selam ni...teringin betul!

    ReplyDelete
  4. LYA : YE LA.. SAYA ORANG MELAKA.. ;)

    ReplyDelete
  5. CIKGUMA : TERIMA KASIH KERANA ZIARAH DAN FOLLOW..

    ReplyDelete
  6. MAMANORIZ : BAJU SAMA SEBAB KITORANG SUDAH JANJI.. ;)

    BUAT MASA NI BELUM DIBENARKAN MASUK KE DALAM KAPAL SELAM LAGI..

    ReplyDelete
  7. caya la Melaka!! mcm2 kemajuan yg membangun di melaka..bangga jadi anak melaka!

    ReplyDelete
  8. FADHEELA : KALAU BANGGA JOIN LAH SAYA ANAK MELAKA @ FB.. ;)

    ReplyDelete
  9. Hari ini saya kunjungi Dataran dimana kapal selam Agosta 70 bersemadi sudah berpagar mungkin faktor keselamatan kepada pengunjung.

    ReplyDelete
  10. AKUBIOMED : KENAPA PLAK TAK BOLEH MASUK? DATANG PUKUL BERAPE?

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.