Tuesday, November 22, 2011

BANGGA JADI ANAK HARIMAU, EH.. ANAK MALAYSIA





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya maka perlawanan akhir bola sepak di kejohanan Sukan Sea telah dimenangi oleh Malaysia. Ini menunjukkan bahawa bola sepak Malaysia mempunyai kelas yang tersendiri dan kita adalah yang terbaik di Asia Tenggara.

Penulisan ini mungkin agak lewat berbanding dengan kecekapan penulis-penulis blog yang lain yang terus meluahkan rasa kegembiraan mereka di dalam blog setelah tamat perlawanan. Tapi percayalah, semangat Harimau Malaya tetap ada di dalam hati saya. ;)


Apabila dikenang kembali perlawanan malam tadi, memang boleh dikatakan ianya 50-50. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjadi juara. Namun, kelebihan memihak kepada Malaysia apabila berjaya dalam sepakan penalti.

Kepujian harus diberikan kepada semua pemain Harimau Malaya kerana berjaya mengembalikan maruah dan semangat rakyat Malaysia tatkala kita dikeji dan dihina oleh "segelintir" penyokong Indonesia.

Apa-apapun perlawanan malam tadi memang "lain macam" sedikit. Semangat kita yang menonton di rumah inipun amat terasa sekali. Dari mula perlawanan hinggalah tamat. Debaran dan semangatnya jelas terasa. Rasa macam nak gugur jantung pun ada. Syukurlah... Syukurlah Malaysia menang.

Malaysia Boleh!!!

18 comments:

  1. Sy smlm, kaki tangan seme sejuk je. Dada berdebar toksah citelah!

    ReplyDelete
  2. Betul tu, game mlm tadi memang 'lain macam'.

    Malaysia boleh ☺☺

    ReplyDelete
  3. FARA : INGAT SEGENAP RAKYAT MALAYSIA YANG MENYAKSIKAN PERLAWANAN SEMALAM BEGITULAH RASANYA..

    ReplyDelete
  4. FIZA : SAMPAI SEKARANG MASIH TERASA "LAIN MACAM" TU...

    ReplyDelete
  5. auuuummmmm...tahniah dan semoga mlm nie mengaum lg.....

    ReplyDelete
  6. Malaysia boleh!
    Ahad ni saya nak tengok bola Malaysia lawan Bahrain pulak...Bangga jadi *anak harimau..eh..anak Malaysia..*
    (Tajuk takleh blah)

    ReplyDelete
  7. aku kurang minat bola..tapi sebab malaysia yang lawan..support la kan...yang pelik, aku pulak yang terover..huhuhu..tahniah kepada pasukan harimau malaya......kepada garuda, jangan berputus asa... peace yo :P

    ReplyDelete
  8. SAHROM : AUM.. AUM.. MALAM NI JUMPA SYRIA PLAK...

    ReplyDelete
  9. AIRANIEZ : HEHE.. AWAK NAK JADI ANAK HARIMAU JUGAK KE??

    ReplyDelete
  10. AMRY : APA BARANG TAK MINAT BOLA.. TAPI OK LAH TU PASAL KAU TETAP SOKONG HARIMAU MALAYA WALAUPUN KAU TAK MINAT BOLA.. ;)

    ReplyDelete
  11. mlm ni kecut perut lagi jumpa syria lak...huhuuuu

    ReplyDelete
  12. MAMANORIZ : RASANYA MALAM NI TAK KECUT PERUT SANGAT BERBANDING FINAL MALAYSIA LAWAN INDO..

    ReplyDelete
  13. tak kan aku nak sokong garuda plak....hish..tapi sayang kita tak dapat daging unta :(

    ReplyDelete
  14. AMRY : KALAU KAU SOKONG GARUDA, SAMPAI SEKARNG KAU MASIH GARU DADA.. ;p

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...