Saturday, November 26, 2011

AKIBAT TERPENGARUH MASTERCHEF MALAYSIA





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya pada bulan lepas saya ada mengeluarkan entri bertajuk Culinary... I Like. dan pada hari ini saya dengan gatal tangan sekali lagi mencuba untuk memasak. Tidaklah sehebat mana, cuma memasak Ikan Keli Goreng Berempah.

Untuk makluman, saya ada memelihara ikan keli di rumah emak saya. Namun begitu saya tidaklah gemar sangat memakan ikan keli. Sekiranya emak saya memasak ikan keli, pastinya saya tidak akan makan ikan tersebut. Nak dijadikan cerita, satu hari saya mencuba baru resepi emak saya (yang emak saya dapat dari Mak Busu) iaitu Ikan Keli Goreng Berempah. Makk oooiii.. Sekali cuba, dua, tiga ekor saya makan.

Selepas dari kejadian itu, saya terus meminati Ikan Keli. Pergi ke kedai untuk makan tengah haripun saya sudah mula mengambil lauk Ikan Keli. Perghh.. Menyesal baru tahu. Umur dah 30 tahun baru tahu yang Ikan Keli itu sebenarnya sedap. Huh.. Menyesal tak sudah.

Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar saya yang agak terlampau semasa menyediakan sajian Ikan Keli Goreng Berempah. Jom Layan... ;)

Ha.. Inilah Ikan Keli. Siapa tak tahu Ikan Keli angkat kuali. Ikan Keli yang saya pelihara ni sedikit terencat tumbesarannya. Tak tahu mengapa. Tapi yang ni kira okaylah, yang sedang-sedang saja.

Yang ni kerja-kerja memotong bahan untuk menjadikan rencah Ikan Keli Goreng Berempah. Pergh... Bersemangat.

Inilah antara rencahnya. Sedikit bawang putih, sedikit halia, sedikit cili, sedikit serbuk kunyit dan juga tepung jagung. Dan jangan lupa letakkan garam secukup rasa.

Sedikit jiwa tradisional. Saya menggunakan batu lesung untuk melumatkan bawang putih dan juga halia.

Kemudian saya campur dan gaulkan semua bahan tadi bersama dengan serbuk kunyit dan tepung jagung.

Selepas melumurkan Ikan Keli dengan bahan tadi, teruslah goreng di dalam kuali. Huh.. Tukang masak pakai baju Metallica. Memang tak boleh blah. Geleng kepala kalau James Heldfields nampak. Hehehe...

Dan inilah hasilnya. Ikan Keli Goreng Berempah. Amacam menarik ke tak? Ini kalau Panglima tahu, mahunya resepi ini dibuat di restorannya.

Disediakan juga kicap sebagai pencecah bagi mereka yang gemarkannya.

Saya yang tukang memasaknya, telah memakan empat ekor Ikan Keli Goreng Berempah pada tengahari tadi. Bolehlah tahan rasanya. Tapi tidaklah 100% sepertimana emak saya yang masak. Memang tidak dinafikan bahawa masakan emak kita sendiri adalah makanan yang paling enak dan sedap.

12 comments:

  1. ikan keli ni dulu geli nak makan..tapi bila tgk rmai org makan terpengaruh gak..hehe

    ReplyDelete
  2. FAIZ : TU LA PASAL.. SEDAP IKAN KELI NI RUPANYA..

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya ! saya mmg penggemar ikan keli. saya selalu goreng kunyit biasa, pastu buat sambal belacan letak binjai, ratah macam tu je. fuhh mmg x sedar 2-3 ekor sorg mkn. hikhik buruk lantak btoi

    ReplyDelete
  4. LYA : MAK OI.. KUAT MAKAN JUGAK DIA NI.. ;)

    ReplyDelete
  5. Ini kalaulah Kirk Hammet tengoklah tentu menangis apabila Mat Metal menunjukkan skil memaksa. :-)

    ReplyDelete
  6. Terbaik dari ladang...
    bencana MASTER CHEF hahaha i like tis post...
    waaaaa......... hihihi
    singgah2 jap.. usha entry usha iklan..
    sama2 tmbah dana..

    ReplyDelete
  7. AKUBIOMED : HAHA.. TU BELUM LAGI LARS ULRICH TENGOK.. LAGI MELELH AIR MATA. HAHAHA

    ReplyDelete
  8. A.D : TQ KERANA SINGGAH BACA ENTRI NI.. ;)

    ReplyDelete
  9. aku paling favorite gulai keli...perghhhhh......mantop!!!!memang aku leh makan gitu jer....

    ReplyDelete
  10. AMRY : KALAU GULAI2 AKU TAK MINAT SANGAT.. KALAU KELI MASAK SAMBAL GORENG PUN SEDAP..

    ReplyDelete
  11. mmg mknn fav8 sy dr azali ag....beshhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA JE YANG BARU-BARU BELAJAU MAKAN IKAN KELI..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...