Monday, October 10, 2011

SEORANG MENINGGAL BERJUTA MENANGIS. BERJUTA MENINGGAL TIADA SIAPA MENANGIS






Memang sudah lumrah warga dunia sekarang suka mengagung-agungkan seseorang. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu adalah orang yang terkenal. Tidak pastilah sama ada itu dipanggil membodek ataupun sebaliknya.

Berkisar kepada kematian pengasas Apple, Steve Jobs yang meninggal dunia baru-baru ini. Seluruh dunia berasa dukacita, sedih dan berasa kehilangan yang besar pada dunia perkomputeran. Memang benar ia banyak berjasa kepada pembentukan Apple tetapi sebenarnya ada beberapa kematian yang kita lupa untuk ditangisi dan didukacitakan.

Lihat sahajalah di Somalia. Kanak-kanak mati bergelempangan tanpa ada pertolongan dari warga dunia. Iya.. Memang ada, tetapi ia tidak mampu mengubah kehidupan mereka. Andaikata ramai warga dunia yang sedar, pastinya ramai yang menolong dan pastinya juga rakyat Somalia dapat diberi pertolongan sewajarnya dari dibiarkan mati begitu saja.

Kadang-kadang terfikir juga, mengapa mereka-mereka yang kaya raya ini tidak mendermakan saja harta mereka kepada golongan yang memerlukan. Duit bukan boleh dibawa ke kubur. Contohnya Steve Jobs, adakah kekayaannya membolehkan dia berbelanja di alam kubur? Pastinya tidak bukan. Berjuta-juta duitnya ditinggalkan di dunia tanpa sempat dia menghabiskan duitnya.

Bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan Steve Jobs, tetapi ia hanyalah sebagai contoh kepada mereka-mereka yang kaya raya di luar sana yang sedikit sukar untuk mengeluarkan duit kepada kebajikan orang ramai yang memerlukan.

14 comments:

  1. hurm biasalah tuh, mengagung2 kan sangat orang ni. pdhal yg dok kebuloq kat aprika tuh xde org heran plak

    ReplyDelete
  2. dunia skrg perasaan belas kasihan dan berhati perut dah tiada dlm diri semua manusia..!

    ReplyDelete
  3. Berkenaan Steve Jobs, lgsg tak memberi apa-apa impak pd sy. Sy pun tak de tribute khas entry bt Steve Jobs. Sdg gajet die sy tak merasa walau Iphone. Sementelah dia bukan org sebangsa sy...

    Alahai.....

    ReplyDelete
  4. Betul tu, stuju gak ngan fara, kematian steve job tak bagi kesan apa pon. Lebih sedih bila tgk org² somalia nih.

    ReplyDelete
  5. FADHEELA : ADA, TAPI KURANG RASANYA.. MAYBE TERMASUK KITA SENDIRI.. HUHU

    ReplyDelete
  6. FIZA : NASIB BAIK JUGAKLAH ADA RAKYAT KITA DULU KE SANA MEMBANTU.. SEHINGGAKAN KAMERAMAN BERNAMA MATI DITEMBAK... SUCI PERJUANGAN MEREKA...

    ReplyDelete
  7. sya dpt gambo budak tu di email tahun 2004, mmg sgt sgt sgt sedih!!!!

    tahu tak ceriat sebenar gmbo tu?

    sya smpai termimpi2...huhu

    ReplyDelete
  8. MAMANORIZ : APA CERITA SEBENARNYA? CECITE...

    ReplyDelete
  9. Salam, selain menulis. Kita juga boleh membantu mereka di Somalia, di mesin ATM Maybank ada no akaun untuk membantu mereka di sana. Walaupun sedikit sekurang2nya kita sudah membantu.

    ReplyDelete
  10. sape pakai iphone / ipad dia tahulah rasa kehilangan steve jobs nie huhuhuhhh

    ReplyDelete
  11. SAHROM : NASIB BAIK AKU TAK PAKAI IPHONE / IPAD, KALAU TAK GERENTI MENANGIS... HAHAHA...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...