Thursday, October 13, 2011

MALAYSIA DIHENTAM LALU DISANJUNG





Baru-baru ini kedutaan Malaysia di Indonesia telah diserang oleh kira-kira seramai 650 orang dari kumpulan NGO Forum Betawi Rempug (FBR). Dengan biadapnya mereka telah membaling objek seperti batu, kayu dan telur ke arah kedutaan kita sehinggakan mereka berani mahu merempuh masuk ke dalam kedutaan Malaysia.

Mereka bertindak demikian kerana sebagai bantahan yang kononnya Malaysia telah mengambil 1000 hektar tanah Indonesia di Kalimantan Barat secara haram. Namun begitu, kerajaan Malaysia menafikannya dan telah disokong juga dengan beberapa menteri Indonesia yang menyangkal dakwaan tersebut.

Tak habis lagi, hari ini dalam berita ada satu lagi kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai laskar merah putih juga telah membuat tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia dengan lengkap berpakaian seperti anggota tentera. Mereka nampak terlalu berani sehinggakan ada sepanduk yang tertulis "Kami Siap Berperang".

Erm.. Inilah terjadi sekiranya emosi dipengaruhi syaitan. Asyik-asyik mahu fikir marah, gaduh, perang dan pelbagai perkara yang tidak baik. Tidak mahu berfikir secara positif dan membawa hal ini dengan cara perundingan. Dengar cerita pula, hal ini sebenarnya daripada masalah politik dalaman Indonesia lantas Malaysia dijadikan mangsa untuk mengangkat hero mereka.

Tak mahu cerita lebih-lebih, nanti jadi semakin panas pula. Apa-apapun, disebalik tentangan beberapa kerat warga Indonesia di kedutaan Malaysia, ada juga berita baik untuk rakyat Malaysia. Apanya? Tak tahu ke yang Mohd Safee Sali, pemain bolasepak dari Malaysia yang bermain di Indonesia untuk Pelita Jaya FC bakal dilantik sebagai ketua pasukan. Wah, memang hebatlah Safee Sali. Menang benarlah anda layak menjadi wira Malaysia.

Cayalah Safee Sali. Malaysia Boleh...




Waduh pak... Rame bangat warga Indonesia menyokong Safee Sali. Makasih ya pak...

8 comments:

  1. poyoslah diorang tuh! dah la skang nie malaysia jadik tempat lambakan mat2 indon. tu belum campur ngan pati lagik tuh. dgn jenayahnya.. haish! xsedar dek untung! rimas!

    ReplyDelete
  2. ARELEEZ : DIORANG TAKDE KEJE LAIN LA TU..

    ReplyDelete
  3. tu la kan...
    baru je dgr yg buruk, dah cover crita baik lak...

    huhu, macam2 kan...

    ReplyDelete
  4. MAMANORIZ : BIASALAH... MALAYSIA BOLEH..

    ReplyDelete
  5. Biasalah tu, dah tak der modal lain. Memang menggelabah ah dorang nih.

    ReplyDelete
  6. jadi kapten tu..caya la safee..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...