Thursday, October 20, 2011

MAKLUMAT / INFO SKIM RUMAH PERTAMAKU





Pasti ada diantara kita sudah tahu tentang kewujudan Skim Rumah Pertamaku yang telah disebut-sebut oleh YAB Perdana Menteri kita. Namun begitu, masih ramai yang belum tahu dengan lebih lanjut tentang maklumat dan informasi berkenaan Skim Rumah Pertamaku ini.

Setelah mendapat maklumat daripada akhbar Kosmo! bertarikh hari ini, dapatlah dikongsikan serba sedikit berkenaan Skim Rumah Pertamaku iaitu :

a) Hanya untuk pembelian rumah pertama

b) Pembiayaan sehingga 100% bagi kediaman warganegara Malaysia

c) Individu berumur sehingga 35 tahun

d) Pendapatan kasar tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan

e) Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada enam bulan

f) Jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor pengurangan kredit

g) Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

h) Nilai minimum hartanah RM 100,000.00

i) Nilai maksimum hartanah RM 220,000.00 dan dinaikkan kepada RM 400,000.00 dalam bajet 2012

j) Bajet 2012 juga mengumumkan penibuhan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) sebagai agensi tunggal yang berperanan dalam skim yang sama

k) Pembeli hendaklah membeli kediaman berkenaan

l) Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun

m) Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

n) Rekod simpanan, insurans kebakaran diwajibkan

o) Permohonan boleh dibuat di cawangan bank-bank yang terlibat

p) Bagi tahun 2012, sebanyak 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja

Secara peribadi, dilihat pihak kerajaan benar-benar mahu membantu warga Malaysia terutamanya golongan muda yang tinggal di bandar supaya dapat membeli rumah. Walaupun dilihat kemudahan ini hanya tertumpu di bandar, ia tidak bermakna gologan di kampung atau desa dipinggirkan. Di kampung mereka telah begitu terbela dengan adanya perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di mana pihak kerajaan menampung keseluruhan kos untuk membina rumah tersebut manakala Rumah Mesra Rakyat juga ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tanah untuk membuat rumah, kerajaan membantu membina rumah dengan kos yang begitu rendah dan bayaran ansuran juga yang rendah.

Syabas kepada kerajaan Malaysia yang sangat perihatin dengan nasib warganegaranya. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sentosa... Amin Ya Rabbal Alamin... Pohon Allah Izikan.

8 comments:

  1. kalo pen








    kalo peniaga kecil boleh amik skim ni tak?

    ReplyDelete
  2. FAIZ : EDEN TAK PASTI PULAK.. TAPI DALAM SYARATNYA KENA KERJA TETAP TIDAK KURANG 6 BULAN. TAPI EKAU KALAU TAK LAYAK, EKAU TRY LA RUMAH MESRA RAKYAT.. LAGI BAIK...

    ReplyDelete
  3. salam, kalo suami isteri tempat keje belainan boleh ker apply skim ni..contoh isteri gomen,laki swasta..macam ner ek??

    ReplyDelete
  4. NANG.IT86 : WAALAIKUMSALAM... TAK JADI MASALAH BRO... JANJI MEMENUHI SYARAT2 SEPERTI YANG DITETAPKAN DI ATAS.. NI TAK KIRA KERJA GOMEN ATAU PEKERJA SWASTA.. LAYAK SEKIRANYA PENUHI SYARAT..

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info. Tak bley nak apply sebab dah ada rumah...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Sy akan pergunakan skim tu sebaik mgkn. Tp berpada utk mengelak dari menggigil nak byr instalment setiap bulan. Hiks~

    ReplyDelete
  7. FARA : UKUR BAJU PADA BADAN SENDIRI JE LAH...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.