Tuesday, September 6, 2011

SUDAH-SUDAHLAH MENGAGUNGKAN KOMUNIS

Malam-malam buta ni aku bukan berminat untuk bercerita pasal politik. Dalam blog aku ni pun rasanya tiada cerita pasal politik yang keterlaluan. Namun begitu, rasa terpanggil untuk menulis sesuatu pengalaman berkenaan cerita peristiwa Bukit Kepong yang diserang Komunis pada suatu ketika dahulu.

Seperti semua sedia maklum, Timbalan Presiden PAS, YB Mat Sabu ada mengeluarkan fakta berkenaan Komunis adalah wira sebenar negara dalam memperjuangkan Kemerdekaan negara. Benar ke? Itu aku taknak komen panjang-panjang kerana dalam pembacaan aku secara formal mahupun di blog-blog terdapat beberapa fakta / reka-rekaan yang telah diulaskan dengan panjang lebar.

Namun begitu, bagi diri aku sendiri, polis-polis Bukit Kepong juga merupakan wira sejati negara. Aku mengatakan begini kerana aku punyai pengalaman tersendiri apabila bersama rakan-rakan aku semasa belajar di UiTM menemubual bekas anggota polis Bukit Kepong yang mengalami sendiri peristiwa tersebut iaitu Allahyarham Yusof Rono. Kalau tak silap, kajian ini dilakukan pada tahun 2004 semasa kami diarahkan menyiapkan kajian Sejarah Lisan.

Pada ketika kajian dilaksanakan Allahyarham tinggal di Melaka. Nama tempatnya aku terlupa pula. Semasa aku dan rakan-rakan pergi ke rumahnya, beliau dalam keadaan kurang sihat. Mula-mula beliau tidak mampu memberikan kerjasama untuk menceritakan tentang peristiwa yang berlaku akibat keuzurannya. Beliau juga mengatakan bahawa sudah ramai pengkaji yang datang mendapatkan maklumat daripadanya dan sudah puas mengulang-ulang cerita yang sama.

Namun setelah dipujuk dan menanyatakan beberapa mukadimmah, akhirnya beliau sanggup bercerita malahan sangat bersemangat bercerita walaupun dalam keadaan yang lemah dan suara yang tenggelam timbul.

Menurut apa yang dikatakan beliau, cerita peristiwa Bukit Kepong itu adalah cerita yang sebenar yang diarahkan oleh Dato' Jins Shamsuddin melalui cerita yang disampaikan oleh beliau dan rakan-rakan lain yang masih hidup. Setiap watak dalam cerita tersebut merupakan watak sebenar anggota-anggota polis Bukit Kepong yang tewas dalam pertempuran dan yang masih hidup.

Dalam keadaan suka tak suka bercerita, masa yang diambil untuk beliau mengisahkan peristiwa Bukit Kepong telah mengambil masa beberapa jam. Sungguh bersemangat beliau bercerita dari setiap inci sepertimana cerita dalam Filem Bukit Kepong. Malahan beliau sanggup membuka baju menunjukkan kesan-kesan tembakan yang terkena di beberapa bahagian badan beliau. Ya Allah, beliau sungguh bernasib baik kerana peluru tidak kena tepat pada bahagian yang boleh membawa maut.

Persoalannya sekarang, bukankah beliau juga sebagai wira? Tidakkah mereka polis-polis Bukit Kepong itu juga sebagai wira? Mengapa Komunis yang melakukan keganasan dijulang sebagai wira negara?

Tepuk dada tanyalah selera. Tapi bagi aku yang berpeluang menemui wira Bukit Kepong ini tidak akan berganjak menyatakan bahawa mereka polis-polis yang berjuang di Bukit Kepong adalah wira sebenar. Malahan isteri-isteri polis yang membantu secara tidak langsung dalam pertempuran tersebut juga layak dijulang sebagai wira.

Takziah dan Al-fatihah kepada anggota-anggota polis yang tumbang dalam pertempuran di Bukit Kepong. Tak lupa juga kepada isteri-isteri mereka serta anak-anak yang turut terkorban. Dan tak lupa juga pada Allahyarham Yusof Rono yang sanggup berkongsi sejarah hidupnya di Bukit Kepong. Sekiranya tiada siapa anggota polis Bukit Kepong yang masih hidup selepas kejadian tersebut, mungkin sehingga kini kita tidak tahu hal sebenar yang terjadi sepertimana yang dikisahkan dalam filem Bukit Kepong.

Kepada sesiapa yang menidakkan keperwiraan anggota-anggota polis Bukit Kepong diharap dapat memikir-mikirnya semula.



6 comments:

  1. Semoga roh berada dlm klngn orang soleh...

    ReplyDelete
  2. tak tahu lah apa point MS nak agungkan komunis tu kan...
    sbb dah berzaman kita tahu camana kejamnye mereka...

    psl bukit kepong lak, dgr2 nya ...ada yg kata polis mabuk malam tu,
    tu yg kena ambush dan ramai tewas... iskh....sya dgr je lah...
    waalaahuallam...

    ReplyDelete
  3. MAMANORIZ : SIAPA YANG DAPAT MEMBUKTIKAN POLIS BUKIT KEPONG TERSEBUT MABUK?

    ReplyDelete
  4. aku benci politik ni... semua kaki auta dan temberang, raih populariti murahan utk terus dptkan sokongan. Isu Sitt Al-Wuzara terus terpinggir dek kegilaan orang Malaysia pada politik yang jelas sebagai agenda Yahudi. Renung-renungkan...

    ReplyDelete
  5. PANGLIMA : SABAR PAK.. USAH RIBUT2...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.