Wednesday, September 7, 2011

SEDANG TERHARU MENDAPAT SURAT CINTA

Hari ini merupakan hari yang amat teruja dalam hidup aku apabila setelah selama 13 tahun aku tidak menerima surat cinta daripada Polis DiRaja Malaysia, dan hari ini dalam sejarah aku telah menerimanya kerana kesalahan meletak di garisan kuning. (padan muka aku)

Yang bestnya aku siap taruk kupon parkir, namun apa boleh buat, kalau Majlis Bandaraya mungkin boleh lepas, ini tak polis trafik maaa...

Inilah bentuk surat yang aku terima kira-kira pukul 12 lebih tadi.

I Love u la polis...

Dalam keadaan aku benar-benar teruja aku mengambil keputusan untuk terus membayarnya sebab balai polis trafik tak jauhpun dari pejabat aku, jalan kaki je. Oleh kerana aku ni tak suka menangguh-nangguh takut lupa bayar nanti, aku pun bayarlah... Nak tahu berapa? RM 300.00 maaa...

Gilalah... Ingatkan bayar dalam masa awal dapat bayar RM10.00, RM 20.00 ke, ini tidak sekali buka mulut RM 300.00.

Tapi aku tak bayar dengan harga tu. Disebabkan aku bayar awal sebelum 2 minggu, aku hanya dikenakan bayaran RM 100.00 sahaja. (aduhai, banyak juga tu...) Kata kerani polis tu, kadar bayaran dalam masa tertentu dapat dikurangkan. Dalam kes aku, boleh bayar RM 100.00, kalau dalam masa 2 minggu RM 150.00 dan kalau dah lambat sangat RM 300.00.

Resit dah bayar saman

Aduhai... Raya tu hari dahlah banyak rabak, ni lepas raya lagi rabak.. Padanlah sama muka aku, siapa suruh tak ikut peraturan.. Hahahah..





19 comments:

  1. takpe..kiter sedekah je kat kerajaan kan..dpt pahala :-)

    ReplyDelete
  2. sabo jer lah.

    Lepas raya nih poket memang rabak, semput nak tunggu hujung bulan nih.

    ReplyDelete
  3. FAIZ : BERAT MATA MMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.. SOP.. SOP.. SOP...

    ReplyDelete
  4. SAHROM : KENA DENDA BOLEH KE KITA NIAT BERSEDEKAH?

    ReplyDelete
  5. FIZA : ERM.. MEMANG TENGAH SABAU JE NI... NAK WAT CAMNE KAN...

    ReplyDelete
  6. Anggaplah ianya 1 sedekah buat kerajaan Malaysia..heheee

    ReplyDelete
  7. x pe... kau dah jimat rm200 tu, sok leh wat open house tau. jangan lupa jemput aku ek

    ReplyDelete
  8. MYRA JAY : HEHE.. LEH KE NIAT SEDEKAH... KAN KENA BAYAR PASAL DAH BUAT SILAP..

    ReplyDelete
  9. PANGLIMA : BOLEH KATA JIMAT..? DATANG AR UMAH, TAKYAH TUNGGU OPEN HOUSE...

    ReplyDelete
  10. alamak kena saman ke??ciannyer!! sabo la erk hihihi bg duit raya kat polis..kira ok la tu :P

    ReplyDelete
  11. FADHEELA : MEMANG SANGAT OK LER.. :)

    ReplyDelete
  12. kesiannya...tak pe, duitkan ada kat bank. bayar ajerlah.hehehe.....

    ReplyDelete
  13. CIKGU TIE : CUKUP SEKADAR KASIHAN.. DERMA2 LA SKIT DEKAT SAYA... :)

    ReplyDelete
  14. aku dulu waktu tak der moto kat penang...berlambak surat cinta "parking" ni..adeh...mujur juga hanya dari Majlis.rabakkk rabak

    ReplyDelete
  15. AMRY : BARU TADI BALIK UMAH ADA SURAT CINTA LAGI.. NI PASAL PARKING MAJLIS TAK BAYAR... :p

    ReplyDelete
  16. morning mr, can i ask you something ?
    the saman will send to your house or not after you paying the saman ?

    ReplyDelete
  17. CHEONG : SURAT SAMAN, POLIS TERUS LETAK DI KERETA (WIPER). LEPAS BAYAR TERUS DAPAT RESIT. TIADA APA-APA SURAT LAGI LEPAS ITU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okok...terima kasih fairus...i just kena one saman last saturday...at jonker walk there...today i go pay...RM150...

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...