Friday, September 9, 2011

MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

Mengambil kesempatan dalam kesempitan. Haruskah kita lakukan begini? Bukankah ia satu kesalahan sekiranya kita mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Dalam beberapa pemerhatian dan pengalaman dapatlah dihuraikan satu-satu situasi di mana orang mengambil kesempatan di atas kesempitan / kesusahan orang lain.

Antaranya ialah :

1. Mengikut belakang kereta ambulan / bomba yang sedang membunyikan siren di dalam kesesakan lalulintas. Apabila kereta ambulan / bomba lepas tetapi dia tersekat, ia akan lebih menyukarkan pemandu-pemandu lain.

2. Membuat kelakuan tidak senonoh ke atas wanita yang berada di dalam bas yang penuh sesak. Sengaja mengambil kesempatan semasa berhimpit-himpit antara satu sama lain.

3. Menaburkan derma kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya demi untuk menaikkan nama sendiri, demi untuk mendapat kedudukan dan sebagainya. (kepada yang ikhlas, syukur Alhamdulillah)

4. Peniaga menaikkan harga barang ketika musim-musim perayaan. Mereka tahu pengguna pasti akan membeli sedang mereka juga perlu tahu, di musim perayaan pengguna banyak mahu menggunakan wang.

5. Menggunakan laluan kecemasan di leburaya yang sedang sesak. Ia pasti akan menerukkan lagi kesesakan di samping akan menyukarkan pasukan penyelamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar. Janganlah mengambil kesempatan di atas kesempitan / kesukaran orang lain.




6 comments:

  1. xsuka kalo org ikut blkng ambulans!!! pastu ikut laluan kecemasan...menyusahkan org jer..! paling tak suka prepaid kena tax!! waaaa

    ReplyDelete
  2. FADHEELA : ERMM.. PASAL PREPAID KENA TAX TU TAK TAHU NAK KOMEN.. RASANYA DIA NAIK PON TAK BANYAK.. BERAPE SEN PON.. TAKKAN FADHEELA TAK MAMPU KOT.. DUIT SYILING DALAM KERETA TU KAN BANYAK...

    ReplyDelete
  3. org camni sume jenis tak sabar..

    ReplyDelete
  4. ni jenis susahkan org lain jugak...

    ReplyDelete
  5. FAIZ : KADANG2 KITA PON TAK SABAR, TAPI CUMALAH URUT DADA, DAN CAKAP, SABAR... SABAR...

    ReplyDelete
  6. MADAM LALA : ERM.. MEMANG PON...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...