Chenta Creative Hijab

Followers

Wednesday, August 3, 2011

DALIL-DALIL YANG MEWAJIBKAN PUASA KE ATAS UMAT ISLAM

Firman Allah S.W.T :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah S.A.W :

Ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Sudah terang lagi nyata bahawa berpuasa di bulan Ramadhan itu adalah wajib. Namun mengapa masih ada umat Islam tidak mahu mengambil berat tentang kewajipan ini...?




7 comments:

  1. ARELEEZ : SEKADAR MENGINGATKAN...

    ReplyDelete
  2. umat islam pada dasar keturunan saje mcm tu la...kalo solat fardhu pon tinggal ape tah lagi nak puasa..lg susah bg dieorng..

    ReplyDelete
  3. semoga kita tergolong dlm golongan yang yang sentisa mementingan perkara yang wajib....huhu

    ReplyDelete
  4. sama-samalah kita meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini

    ReplyDelete
  5. AZANA & SAHROM : INSYAALLAH...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...