Wednesday, August 17, 2011

BAGUS KE PELANCONGAN?

Apabila kita membicarakan tentang pelancongan, pasti ia mendatangkan keuntungan pada sesebuah negara. Keuntungan daripada pembelian dan perbelanjaan oleh warga negara asing yang melancong ke negara kita. Hasil ini termasuklah, bayaran hotel, perbelanjaan membeli belah, makan minum dan sebagainya.

Secara kasarnya, ia memang baik. Pelancongan memang baik kerana memberikan pulangan kepada negara. Ini boleh dilihat, sewaktu industri pelancongan belum pesat membangun, banyak negara Eropah tidak mementingkan pelancongan sebagai sumber pendapatan negara, sebaliknya lebih menumpukan kepada bidang industri. Tapi kini, dilihat seluruh dunia telah mengakui bahawa bidang pelancongan merupakan industri yang besar dan boleh menyumbangkan banyak pendapatan kepada negara.

Begitu juga dengan Malaysia, kita tidak lari daripada membangunkan negara sebagai salah satu pusat pelancongan yang harus dilawati. Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi mempromosikan Malaysia ke serata dunia, dengan impian ia akan memberikan pulangan yang lebih berlipat ganda kepada pendapatan negara.

Di Melaka juga sama. Sejak diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008, dilihat Melaka menjadi tumpuan pelancong. Setiap tahun bilangan pelancong ke Melaka kian bertambah dari tahun ke setahun. Ini memang tidak boleh dinafikan. Lihatlah sahaja Bandar Hilir pada waktu cuti hujung minggu dan cuti umum, jalan raya akan sesak dan dipenuhi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Dalam membicarakan tentang pelancongan, tembiasnya pastinya dapat dirasai oleh pengusaha-pengusaha kedai makan, kedai cenderahati, pusat membeli belah dan sebagainya. Malahan si pengayuh beca juga gembira dengan kehadiran ramai pelancong kerana mereka mampu mendapat ratusan ringgit dalam masa sehari.

Namun begitu, dalam satu perhatian secara rawak yang telah dilakukan, sebenarnya ada juga keburukan dan ianya merunsingkan penduduk tempatan berkenaan pembangunan pelancongan yang pesat. Menurut beberapa individu tempatan yang telah ditemuramah, mereka tidak berpuas hati dengan harga makanan di tempat mereka yang melambung begitu tinggi.

Harga makanan ini menjadi begitu tinggi kerana kawasan itu sekarang telah menjadi kawasan tumpuan pelancong. Memang sangat ramai, sehingga bersesak-sesak pelancong di kawasan ini semasa hujung minggu. Menurut apa yang dikatakan oleh individu tersebut, mereka ini adalah rakyat tempatan, mereka sudah lama tinggal di situ, tapi sejak kerajaan membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan, peniaga-peniaga mula menaikkan harga makanan yang rata-rata memang dihadiri oleh pelancong sedangkan mereka yang sudah lama tinggal di situ terpaksa juga membeli makanan dengan harga yang tinggi.

Apabila difikirkan, memang tak patutpun peniaga-peniaga mengambil kesempatan sedemikian rupa. Oleh kerana pelancongan, harga makanan naik. Bagi pelancong, ia tidak mengapa kerana mereka datang mungkin hanya sekali, tetapi bagi penduduk tetap di kawasan itu yang hidup bertahun-tahun terpaksa menanggung beban kos makanan.

Sebenarnya bukan mahu memenangkan sangat kata-kata orang tersebut, tetapi mungkin ada benarnya. Berkali-kali dia beritahu agar kerajaan patut membuat pemantauan terhadap harga makanan di kawasan pelancongan kerana ianya terlalu mahal.

Sekiranya benar bagai di kata, pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil berat pasal hal ini. Jangan hanya nila setitik rosak susu sebelangan dan jangan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.




15 comments:

  1. betul tue, bro..melaka , penang dgn langkawi harga makanan sgt mahal..tak termampu den dibuatnya..kadar hotel melaka lagi melampau mahal harganya..mcm2 caj dikenakan huhuuhhhh

    ReplyDelete
  2. johor pun sama mahal, taraf hidup kami tinggi disebabkan hujung malaysia pastu singaporean yg byk duit tu shopping tak ingat dunia...huhu

    ReplyDelete
  3. SAHROM : SEBENARNYA ADA TEMPAT YANG MURAH DAN ADA TEMPAT YANG MAHAL.. KENA PANDAI PILIH DAN SURVEY...

    ReplyDelete
  4. MAMANORIZ : JOHOR MEMANG LER.. DARI DULU LAGI KOS HIDUP TINGGI...

    ReplyDelete
  5. Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or share your truly awesome blog postings to be part of the big collection.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tak tinggal dekat tempat tumpuan pelancong. Tempat cikgu tie harga barang ok ajer....

    ReplyDelete
  7. dekat melaka aku rase makanan murah je..

    ReplyDelete
  8. maybe, kena praktikkan harga kawalan jugak utk dipatuhi oleh peniaga2 tuh.

    ReplyDelete
  9. CIKGU TIE ; TPI BUKAN SEMUA TEMPAT DI MELAKA BARANG MAKANNYA NAIK..

    ReplyDelete
  10. FAIZ : BETUL TU.. CUMA DI BEBERAPA TEMPAT JE..

    ReplyDelete
  11. ARELEEZ : YUP BETUL.. PIHAK BERKUASA KENA PNTAU HARG MAKANAN DI TEMPAT PELANCONGAN... SUPAYA MEREKA TIDAK NAIKKAN HARGA SESUKA HATI DIA..

    ReplyDelete
  12. baru aku tersedar yang penang antara salah satu negeri yang agak tinggi sara hidup dia dan salah satu sebabnya adalah pelancongan.....tapi yang hairannya tempat yang bukan tumpuan pelancong pun mahal....mungkin banyak lagi faktor...contoh pembanggunan sesuatu tempat tu...bab makanan rasanya faktor ekonomi terlalu sikit yang mempengaruhi..kalau bab barang2 tu yang terketar tangan nak sua duit....bila kawasan tumpuan pelancongan,automatik tempat tu pesat membangun,jadi harga barangan dijual mahal.....barang2 semua branded yang dijual..fuh..telan air liur tengok harga sampai ratus2 walaupun sehelai baju.

    macam kat thai yang aku dengar...kalau orang tu tau cakap siam...terus harga jadi murah...mungkin peniaga akan jual murah pada penduduk tempatan...janganlah semua sapu sama rata.....

    ReplyDelete
  13. aku setuju apa yang amry cakap. tapi melaka destinasi pelanconagn namun kadar makanan masih murah jika dibandingkan dengan kl,jb dan penang. Mentaliti peniaga perlu diservis supaya dpt jual pd harga yang berpatutan.

    melaka ada heritage fee... tempat lain ada ke? hehehe

    ReplyDelete
  14. PANGLIAM : BETUL LAH TU... AKUPON DAH MENGIYAKAN TADI..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...