Tuesday, July 12, 2011

TIPS UNTUK MENJADI KAYA

Terlebih dahulu ingin dinyatakan bahawa ini bukanlah satu skim cepat kaya, tetapi ianya skim perlahan-lahan kaya. Ianya sah disisi undang-undang di Malaysia dan tidak perlu tanggung risiko kerugian seperti skim cepat kaya.

Apa dan bagaimana?

Sebenarnya ianya bukanlah apa, cuma pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tetapi apa yang dikongsikan di sini bukannya menabung ASB seperti biasa, sebaliknya ianya ASB Loan (pinjaman pelaburan ASB)

Cuba lihat bagaimana ia boleh menjadikan kita boleh mengumpul duit yang banyak dalam masa singkat. (5 tahun misalnya)

Caranya :

---> Buat pinjaman ASB sebanyak RM 100,000.00

Tahun pertama :

---> Terima agihan dividen 8 % = RM 8,000.00

---> Jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun kedua :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 8,000.00 = 108,000.00

---> Terima agihan dividen 8% = RM 8,640.00

---> Seperti biasa jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun ketiga :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 16,640.00 (dividen tahun pertama dan kedua) = RM 116,640.00

---> Terima agihan dividen 8% = RM 9,331.20

---> Seperti biasa jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun keempat :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 25,971.20 (dividen dari tahun pertama hingga ketiga) = RM 125,971.20

---> Terima agihan dividen 8% = 10,077.70

---> Seperti biasa jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun kelima :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 36,048.90 (dividen tahun pertama hingga keempat) = RM 136,048.90

---> Terima agihan dividen 8% = RM 10,883.91

---> sekiranya mahu berhenti pada tahun yang kelima ini jumlah dividen yang diterima ialah RM 46,932.81.

Ok tak kalau dapat RM 46,932.81 dalam masa 5 tahun? Mungkin ramai yang sudah tahu kaedah ini, tapi ini sekadar ingin berkongsi kepada mereka yang masih belum tahu lagi cara untuk mendapatkan duit yang banyak dalam masa yang tertentu.

Mungkin ada di kalangan kita yang tak mampu buat pinjaman ASB sebanyak RM 100,000.00 namun ia juga boleh dibuat dalam amaun RM 50,000.00. Ini sajalah punca pelaburan yang terbaik bagi kita sebagai bumiputera. Harap kita dapat celik mata. Manakan tidak, sekiranya ASB dibuka kepada bukan bumiputera dalam masa beberapa hari saja kuota untuk mereka telah habis. Nampak tak mereka punya kepandaian?

Bersama-samalah kita menabung untuk masa depan kita dan anak-anak. Sesungguhnya masa depan sudah tentunya lebih mencabar dan memerlukan wang yang lebih banyak. Selamat mencuba.




10 comments:

  1. kan.... memang ASB pelaburan yang bijak... cuma depends on us bijak ke tak bijak menahan diri dari tak guna dividen tu :-)

    ReplyDelete
  2. YATT : KALAU DAH TAKDE DUIT TU, PANDAI2LAH AMBIL SIKIT. JANGAN KELUARKAN SEMUA.. :)

    ReplyDelete
  3. bagaimana pula dengan faedah atas pinjaman tue?? aku nie tak brp reti sgt huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  4. SAHROM : FAEDAH DI ATAS PINJAMAN ASB TU BERGANTUNG PADA JUMLAH PINJAMAN DAN BERAPA TAHUN KITA IKAT. BIASANYA KALAU 1OOK / 20 TAHUN BAYARANNYA RM 500++.

    ReplyDelete
  5. setuju dgn Fairus, memang ni cara berkesan untuk buat duit tanpa perlu memikirkan soal risiko.

    ReplyDelete
  6. CIKGU TIE : SAYA ADA BUAT, TAPI TAKLAH SEBANYAK RM 100K TU... ADALAH SIKIT..

    ReplyDelete
  7. Fairus...sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.Bijak...bijak.

    ReplyDelete
  8. CIKGU TIE ; BETUL TU, LAMA-LAMA JADI BUKIT.. TAPI TAK TAU BERAPA LAMA...

    ReplyDelete
  9. klakar ko ni ASB xkaya la wehhhhhhhhh wakakakakkakakakakakakak ko pinjam ko bayar interest lagipun ASB ni SYUBHAH lar

    ReplyDelete
  10. ANON : HAHA.. KO PUN KELAKAU JUGAK...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...