Friday, July 1, 2011

KISAH DI SEBALIK PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA VS TAIWAN

Terlebih dahulu ucapan jutaan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menundukan pasukan Taiwan pada perlawanan pertama pra-kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Pada perlawanan ini Malaysia telah menang dengan jaringan 2 berbalas 1.

Dalam perlawanan ini, dilihat semua pemain Malaysia telah bermain bersungguh-sungguh sehinggakan berjaya menumpaskan Taiwan. Walau kemenangan telah tecipta untuk Malaysia, tetapi bagai ada yang tak kena saja perlawanan malam tadi.

Apa yang tak kenanya? Sebenarnya permainan semua okay, semangat semua okay, cumanya pasukan Malaysia kurang keghairahan. Kalau tak percaya lihat saja riaksi-riaksi barisan pemain dan pemain-pemain simpanan Malaysia selepas pengadil meniupkan wisel tamat permainan. Mereka dilihat macam kecewa, tak bersemangat, tiada keghairahan dan tiada motivasi yang sebenarnya mereka ini telah menang. Tapi kita tunjukan kita ni seakan sedang kalah.

Come on lah players... Yang kita sedang kecapi sekarang, raikanlah. Perlawanan seterusnya tu janganlah difikirkan dulu. Kita sedang menang. Tunjukkanlah yang kita sedang menang. Ni tidak, semua pemain seperti dapat merasakan mereka bakal melalui jalan yang sukar apabila di Taiwan nanti.

Masa di Taiwan nanti, buatlah bermainlah bersungguh-sungguh. Beri Malaysia menang lagi. Naikkan nama Malaysia, tingkatkan keghairahan bermain bola sepak. Sekarang, sekarang punya cerita, akan datang, lain pula cerita. Jadi, tunjukkan keghairahan kemenagan yang kita kecapi. Come on players... Malaysia Boleh.




2 comments:

  1. Alhamdulillah. Kemenangan berpihak pada kita. Prestasi pemain kita juga skrg dh semakin bagus. Malaysia boleh.

    jemput terjah new entry (>.<) Kursus, APC & Pertandingan Koir (>.<)

    ReplyDelete
  2. E. SUAMI : YUP. MALAYSIA BOLEH...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...