Monday, July 25, 2011

CONTEST AKU BERPUISI (IMPIAN GAZA ... PALESTIN)

Hari ni aku mau join contest yang dianjurkan oleh Muhamadazhan kerana dia telah invite aku untuk ke peraduan ini. Jadinya, aku menulis semula sebuah sajak yang pernah aku buat satu masa dahulu, dengan harapan saja-saja mahu join, kalau menang Alhamdulillah... Di sini aku tag 3 orang members SAHROM , AMRY DAN FAIZ untuk join contest ini. Bagi sesiapa yang mahu join, klik banner di bawah.

IMPIAN GAZA ... PALESTIN

Terpekik Terlolong Pinta Perhatian
Tiada Siapa Jiran Peduli
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Anak Bangsa Seagamaku Berlumuran Darah
Darah Mengalir Membasahi Bumi
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Peluru Menghujani Tubuh Yang Tak Berdosa
Bom Bom Meledak Bangunan
Sekolah, Masjid, Hospital Menjadi Lapang Sasar
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Apa Yang Ku Ada
Tiada Senjata, Tiada Perisai
Hanya Ketulan Batuan Menjadi Senjata
Hanya Sekujur Tubuh Menjadi Perisai
Dengan Kalimah Allahuakbar Kulempar Batuan Menjadi Peluru
Dengan kalimah Allahuakbar Kutahan Tubuh Menjadi Perisai Syahid

Impianku Allah Menghulur Bantuan
Seperti Ababil Menghapus Latnatullah

F.B. Mamat
9 Februari 2009 (2.55 Petang)
Bandar Hilir, Melaka




13 comments:

  1. salam bro...thanx tag aku. Insyaallah ada masa aku join k. tak janji. Busy sikit. Pandai gak ko main puisi erk..cayalah bro :)

    tengah ko komen aku tengah buat entry baru...anyway,thanx rajin singgah blog aku n prihatin pada entry2 aku..Peace yo. hee

    ReplyDelete
  2. tula harapan penduduk gaza dan umat Islam...sorry xdpt join sebab aku xtau langsung buat puisi..

    ReplyDelete
  3. AMRY : BIASALAH, BLOG MEMBER KENALAH ZIARAH SELALU.. :)

    ReplyDelete
  4. PANGLIMA : MESTILAH, KEJE MUZIUM KENA PANDAI BERPUISI... :p

    ReplyDelete
  5. FAIZ : CUBA2LAH KARANG PUISI... BANTAI JE...

    ReplyDelete
  6. selamat berjaya..aku percaya hang memang berbakat besar dalam genre berpuisi

    ReplyDelete
  7. salam sahabat, terima kasih sudi join contest yang tak seberapa ni..=)

    Perjuangan Palestin telah bermula berpuluhan tahun lalu, masih terus menemui jalan buntu tetapi hati umat sedunia terus membentak mengecam tindakan laknat manusia berbangsa Yahudi Zionis...

    ReplyDelete
  8. =)
    x penah lagi bace puisi palestin nih
    heee
    bes!
    >___<
    gud luck!
    saya join juge!

    ReplyDelete
  9. MOHAMADAZHAN : SAMA-SAMA...

    IMIE AMALINA : JOIN JANGAN TAK JOIN...

    ReplyDelete
  10. ^^ maskud yang jelas, moga jiran-jirannya akan mula melangkah mengatur bantuan, dan salah seorang jiranya adalah aku...

    ReplyDelete
  11. AREPCHECHA : BETUL TU.. WALAU KITA BERJAUAHN DENGAN PALESTIN, TAPI KITA NI TETAP JIRAN MEREKA...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...