Monday, June 6, 2011

Kriteria Melaka diiktiraf Sebagai Bandaraya Warisan Dunia

Pada 7 Julai 2008, Melaka dan Geogtown, Pulau Pinang telah menerima pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandaraya Warisan Dunia di bawah nama “Melaka dan George Town : Bandaraya Bersejarah di Selat Melaka”. Melaka dipilih kerana memiliki ciri-ciri keunggulan sejagat melalui criteria berikut :

Kriteria II
Melaka dan George Town, Malaysia, merupakan contoh bandar kolonial bersejarah yang cukup menarik di Selat Melaka, yang memaparkan pengaruh budaya dan pensejarahan yang berturutan hasil daripada fungsi kedua-dua bandar itu sebagai pelabuhan perdagangan yang menyambungkan dunia Timur dengan Barat.

Kedua-duanya merupakan pusat bandar bersejarah di selat Melaka yang paling sempurna, dengan warisan kepelbagaian budaya yang masih hidup, yang asalnya bermula dengan jalan perdagangan dari Great Britain dan Eropah, melalui Timur-Tengah, benua kecil India dan gugusan Kepulauan Melayu, sehinggalah ke China.

Kedua-dua bandar ini memaparkan bukti sahih warisan kepelbagaian budaya dan tradisi Asia yang masih hidup, tempat pertemuan berbagai-bagai agama dan budaya; dan wujud seiring jalan hingga ke hari ini. Kepelbagaian ini mencerminkan penyatuan ciri-ciri budaya dari gugusan Kepulauan Melayu, India dan China dengan ciri Eropah, seperti digambarkan pada keunikan senibina, budaya dan latar belakang.

Kriteria III
Melaka dan George Town mewakili contoh bandar dagangan pelbagai budaya dunia Timur dan Asia Tenggara yang terbina sebagai hasil asimilasi budaya Melayu, Cina, India dengan tiga kuasa kolonial Eropah secara berturutan selama hampir 500 tahun, setiap satunya dengan peninggalan kesan terhadap seni bina dan rangka bentuk bandar, teknologi dan seni agung.

Kedua-dua buah bandar menunjukkan juga tahap pembangunan yang berbeza dan perubahan berturutan melalui jangkamasa yang panjang. Oleh itu, kedua-dua buah bandar ini saling menyokong antara satu sama lain.

Kriteria IV
Melaka dan George Town mempunyai bukti sahih yang masih kekal tentang warisan hasil daripada asimilasi pelbagai budaya dan tradisi Asia dengan pengaruh kolonial Eropah. Warisan kepelbagaian budaya yang ketara dan tidak ketara ini dipaparkan pada bangunan-bangunan ibadat dari pelbagai agama, masyarakat etnik, bahasa yang berbagai-bagai, perayaan penganut agama, tarian, busana, seni dan muzik, makanan dan cara hidup seharian.

Unsur kewibawaan kawasan yang dicalonkan bagi kedua-dua buah bandar ini berkaitan dengan keberadaan kesemua unsur yang diperlukan bagi menyuarakan Nilai Keunggulan Sejagat. Harta tersebut telah berpegang teguh kepada ciri-ciri keasliannya; tugu-tugu dan tapak-tapak yang disenaraikan telah dipulihara dengan kaedah yang sepatutnya dari segi reka bentuk, bahan-bahan binaan, gaya caranya, teknik dan hasil pertukangan tangan, dengan menurut peraturan dan prinsip pemuliharaan. Langkah perlindungan bagi harta tersebut adalah mencukupi.

Kedua-dua bandar mempamerkan keadaan pemuliharaan yang dapat diterima secara amnya, walaupun usaha masih diperlukan bagi pemuliharaan rumah-rumah kedai. pelan dan struktur pengurusannya mencukupi, dan boleh diperbaik melalui program pemuliharaan pihak negara wakil.


Pelan kawasan pemuliharaan utama (core zone) dan kawasan penampan (buffer zone) di Melaka

11 comments:

  1. Masa belajar dulu,final project saya buat tentang Bangunan Baba Nyonya.Bagi saya Melaka memang sangat banyak tinggalan sejarah & budaya kaum ini.Kalau Encik Fairus rajin bolehla tunjukkan contoh bangunan Baba Nyonya yang dibaik pulih kat Melaka tu.^_^

    ReplyDelete
  2. nice entry bro! aku yg tak tahu ni jd tahu dibuatnya :D

    ReplyDelete
  3. Yeaahhh!! Setuju sangat.. ;)
    Maklumla cheq oqhang Penang.. :)

    Haruslah bersetuju :)

    ReplyDelete
  4. rasanya melaka lebih terkenal dengan artifak2 peninggalan sejarahnya.penang ni agak kurang..aku paling suka kalau ada banggunan2 sejarah. dekat george town ni dekat padang kota lama la.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. If we look at the intro...yep I absolutely agree...but can the authenticity be remain as it is...we proud of what is still exist but is it enough for us to only sit and see...WE HAVE TO TAKE CARE OF WHAT WE HAVE TODAY BEFORE THEY ARE GONE FOREVER. Perlu lakukan sesuatu agar ianya x hilang di telan zaman...alway remember, A CITY WITHOUT HISTORY IS LIKE A MAN WITHOUT HIS MEMORY....

    ReplyDelete
  7. fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  8. PUAN ERNE : ALAMAK.. ARKITEK KONSERVASI DAH BERSUARA... YE, INGAT... KITA KENA SAMA-SAMA JAGA MELAKA SUPAYA TIDAK HILANG WARISANNYA... TAK DINAFIKAN, IANYA MEMANG SUKAR DAN PERLU SOKONGAN SEMUA PIHAK...

    ReplyDelete
  9. Bagus... Banyak kan lagi isi kandungan kalau boleh tentang kedua dua bandar... Ya kan Erne... :-)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.