Wednesday, May 25, 2011

IKUT RESAM PADI

Kenapa orang semakin kaya semakin berlagak? Semakin menjawat jawatan tinggi semakin tinggi egonya? Commonlah... Dunia ni tempat tumpangan sementara saja. Akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya. Apa kita ingat kita ni hidup sampai bila-bila? Cuba-cubalah jadi orang baik. Tak menyusahkan orang dan tak mendatangkan kebencian dan kemarahan orang lain.

Agak-agaknya boleh tak di dunia ni terdiri daripada orang-orang yang baik-baik belaka? Mustahil tidak boleh. Kalau masing-masing manusia di dalam dunia ni berniat untuk melakukan kebaikkan, maka baiklah semuanya. Tapi disebabkan adanya sikap dan niat buruk dan ditambah lagi dengan hasutan iblis dan syaitan, maka berlakunya perlakuan buruk.

Lihat saja orang-orang yang kaya dan berjawatan tinggi (bukan semua), sombong, ego, berlagak. Apa mereka ingat kekayaan dan jawatan yang diperolehi boleh bawa ke kubur? Bukan salah nak cari kekayaan dan kejarkan pangkat. Tapi berpada-padalah. Ikutlah macam padi. Semakin berisi semakin tunduk. Bukan semakin berisi semakin mendada.

Gambar : Google

Pesanan aku pada mereka-mereka yang terasa ni, insaflah diri. Kembali ke jalan yang benar. Tak elok duk bermegah-megah diri. Tak elok duk berbangga diri. Sudah mati nanti, ke dalam tanah juga kita duduk. Bukan boleh bawa segala kekayaan, jawatan yang dibangga-banggakan itu. Satu lagi, nak kaya boleh, nak berjawatan tinggi boleh, tapi janganlah bongkak, sombong, ego. Tak kemana-mananya tu...




3 comments:

  1. setuju bro... jangan nak berlagak sombong pulak. Ingat, ada yang lebih berkuasa

    ReplyDelete
  2. Resam seorang manusia.Bila dah berpangkat,macam dunia dia nie mak bapak dia yg punya.
    Dia hengat..dia berpangkat tinggi..kuasa dia besar sgt ker?
    Tak gune jadi pegawai tinggi kalau keje tak ikut prosedur yg ditetapkan.
    Selalunya..org bwh buat keje mmg ikut prosedur kan?

    ReplyDelete
  3. Money makes many difference to ppl and sometimes the character changes without realizing along the way in the quest of becoming successful.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...