Monday, April 25, 2011

TOLONG MAAFKAN AKU

Manusia biasa macam kita ni sering tak lagi dari melakukan kesilapan. Begitu juga aku. Mungkin korang juga sama juga. Sering buat kesilapan sama ada kita sedar mahupun tidak. Sekiranya kita memang tak sedar macam mana? Adakah ia tetap dianggap dosa. Wallahuaklam. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kalau kita mempunyai kesalahan kepada seseorang, janganlah segan silu untuk memohon maaf dam kita juga perlu menjadi seorang yang pemaaf. Walau sekecil atau sebesar manapun kesalahan seseorang itu, maafkanlah. Usah kita menyimpan dan berdendam. Tak ada apa-apa faedahpun yang kita perolehi.

Oleh itu, sebagai seorang beragama Islam, kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat saling bermaafan. Ikutlah seperti Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa memaafkan setiap orang sebelum baginda tidur. Subhanallah, mulia sungguh hati budi nabi junjungan kita ini. Kita sebagai manusia akhir zaman ini adakah bersifat demikian? Pernahkan kita amalkan memaafkan orang sebelum kita tidur.

Alhamdulillah, aku adalah antara orang yang mempraktikkannya. Bukan mahu menunjuk baik tetapi apa salahnya perkara yang baik kita kongsikan bersama. Tak susahpun nak memaafkan orang lain. Sebelum tidur selepas membaca bacaan-bacaan tertentu, eloklah kita berniat memaafkan sesiapa sahaja yang ada melakukan kesalahan pada kita.


Cuba kita fikirkan, alangkah baiknya sekiranya semua orang berbuat demikian. Kalau semua orang sudah berbuat demikian bukankah ianya bermaksud semua kesalahan antara manusia telah dimaafkan oleh orang yang memaafkan.

Aku juga mengharapkan agar semua orang, teman-teman dan sahabat handai dapat juga memaafkan aku sekiranya ada kesalahan yang sedar mahupun tidak sedar yang telah aku lakukan. Semoga kita semua dapat saling bermaafan dan mendapat perlindungan daripada Allah.

Wallahuaklam.



1 comment:

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...