Thursday, April 28, 2011

PERKAHWINAN DIRAJA : PUTERA WILLIAM DAN KATE

29 April 2011 dunia bakal menyaksikan satu perkahwinan DiRaja Britain iaitu Putera William dan pasangannya Kate. Britain merupakan salah satu dari negara Barat yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan namun dalam banyak-banyak negara Barat, keturunan raja di Britain adalah lebih diberi tumpuan. Tak tahulah apa yang istimewanya.

Puteri Diana. Mungkin ada yang tidak tahu, William merupakan anak pertama kepada pasangan DiRaja ini. Namun apa boleh buat, bondanya pergi dahulu kerana terlibat dalam satu kemalangan maut yang mengerikan. Kemalangan ini pernah menjadi kontroversi di mana ada pihak yang menyatakan bahawa ia adalah satu perbuatan yang di rancang. Ermm.. Tak tahulah.

Dalam pembacaan aku di dalam beberapa artikal baru-baru ini, ada pulak satu pihak yang membuat tilikan yang menyatakan bahawa tarikh perkahwinan pasangan DiRaja antara Putera William dan Kate Middleton ini tidak sesuai dan bakal menimpa malapetaka. Hai.. Macam-macamlah tukang tilik ni.

Kat sini aku letakkan beberapa gambar Putera William dan Kate Middleton untuk tatapan para pengunjung. Erm.. Boleh tahan juga bakal isteri dia ni. Macam bondanya si William jugak. :)








4 comments:

  1. alahai.mcm.mcm.tak ada ong lah pula.tarikh tu tak blh.tarikh ni tak blh.bila diorang nak kahwin.hehe.alahai si tukang tilik. :)

    ReplyDelete
  2. tarikh ni mmg best.....:senyum:

    ReplyDelete
  3. sekarang mereka bakal menjadi ayah ibu..semoga berkekalan bahagia..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.