Wednesday, April 6, 2011

PEGAWAI KASTAM MATI JATUH BANGUNAN SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.

Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.

Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

Sumber : Berita Harian Online

Andaian aku yang memikir macam orang biasa : -

1. Bunuh Diri

2. Kena Paksa Bunuh Diri

3. Di bunuh

4. Terjatuh

So, cepat-cepatlah pihak berkuasa ambil tindakan siasatan segera bagi mengelakkan pelbagai andaian yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang sememangnya suka membuat andaian yang ntah betul atau tidak.






15 comments:

  1. Hhhhmmm...misteri nusantara, mcm mana bley jatuh, ker mcm kes TBH?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bro...

    pas nei semua pejabat kerajaan kne buat setingkat je la..mcm rumah teres huhuhuhhh

    ReplyDelete
  3. FIZA : PELBAGAI ANDAIAN BOLEH KITA BUAT.. KITA TUNGGU SAJALAH SIASATAN DIJALANKAN..

    ReplyDelete
  4. SAHROM : MASIH BOLEH JATUH DARI BUMBUNG.. AKU CADANGKAN AGAR BUAT DINDING JE.. ATAP TAKYAH..

    ReplyDelete
  5. YATT : IA MASIH LAGI MISTERI.. BOLEH MASUK MISTERI NUSANTARA NI..

    ReplyDelete
  6. apa nk jadi dgn dunia kita ni..
    dunia dunia...
    bala balaaa.....

    ReplyDelete
  7. LINDA : DUNIA BIASALAH.. PENUH DENGAN SANDIWARA SEMASA.. DRAMA MANUSIA YANG BAIK DAN YANG JAHAT.. BIASALAH TU..

    ReplyDelete
  8. misteri gak kes ni...mungkin kes bunuh ni..

    ReplyDelete
  9. FAIZ : ITU ANDAIAN KO.. LOM TAU LAGI.. BIAR POLIS PUNYA KERJA.. KITA MEMANG BOLEH BUAT 1001 ANDAIAN..

    ReplyDelete
  10. macam pelik je...tak kan laa org segar nk g terjun bangunan...sumthing wrong sumwhere ni...

    ReplyDelete
  11. Ada gak terbaca ni td pg td

    ReplyDelete
  12. AZZEY : NI SEMALAM PUNYA KES.. MASIH HANGAT LAGI...

    ReplyDelete
  13. bunuh dirii ke??huhuhu mcm rasa kena tolakk jer@kena bunuh..takut rahsia terbongkar..errrmmm tah la dunia skrgg

    Meh sini: Video:Ratu Cantik Mak Nyah di Malaysia!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...