Monday, April 18, 2011

LIASON OFFICER @ PEGAWAI PENGIRING

Sudah beberapa hari aku tak update aku punya blog ni. Bukan aku sudah lupakan, cuma aku agak sedikit sibuk kerana bertugas sebagai Pegawai Pengiring (LO) selama 3 hari sempena Konvensyen Antarabangsa Bandar Raya Berkembar ke-11.

Ini merupakan tahun kedua aku menjadi LO. Yang pertamanya pada tahun 2009, masa tu aku kena iring Duta Nigeria. Tahun ni pulak aku kena iring Datuk Bandar Lamu, Nairobi, Kenya.

Sekali baca mesti korang ingat Bahasa Inggeris aku ni power. Tak.. Tak power, aku just guna broken English. Yang penting aku faham apa dia cakap dan dia faham apa yang aku cakap. :)

Kerja sebagai LO ni bukan senang tau.. Tapi tak juga susah, cuma penatlah juga. Antara tugas aku semasa menjadi LO ialah :

1) Menghubungi Datuk Bandar tersebut
- Urusetia sudah beri nombor telefon aku terlebih dahulu pada beliau, dia sendiri yang call aku dari Kenya untuk mengesahkan kehadiran.

2) Mendapatkan pengesahan kehadiran, tarikh ketibaan dan sebagainya.
- Urusetia sudah beri nombor telefon aku terlebih dahulu pada beliau, dia sendiri yang call aku dari Kenya untuk mengesahkan kehadiran.

3) Mendapatkan bilik penginapan (check-in)
- Bilik sudah disediakan oleh sekretariat, aku cuma check-in kan saja)

4) Mendapatkan kenderaan untuk tetamu
- Ni pun sekretariat sudah sediakan, aku cuma pilih kereta dan pemandu sahaja. (Perdana V6)

5) Menyambut tetamu di KLIA
- Aku dah pemandu gerak ke KLIA pada hari Jumaat dalam pukul 11.30 pagi. Flight dijangka tiba pukul 2.10 petang tapi delay sikit pukul 2.25 petang. Apa yang menjadi pengalaman bagi aku ialah first time memegang sepanduk dan melaungkan nama tetamu yang aku nak sambut di Balai Ketibaan. Ye la.., aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku, nanti tak jumpa susahlah nanti.

6) Memberikan penerangan mengenai program
- Ini dalam perjalanan ke Melaka dari KLIA aku sudah terangkan pada tetamu tu.

7) Menyambut tetamu di setiap program
- Ini lagi lah., turun naik turun naik aku dibuatnya kat hotel tu. Dia duduk kat tingkat 19, partner dia tingkat 17, dua-dua sekali kena aku sambut. Tak ke naya tu.

8) Memaklumkan majlis yang tetamu hadiri
- Ini mestilah kena beri tahu. Walaupun dia sudah ada maklumat, tapi aku kenalah juga beritahu dari masa ke semasa.

9) Mengiringi tetamu di semua majlis
- Ini pun sudah kemestian. Yang bestnya tetamu-tetamu VIP makan, kitorang yang LO ni pun makan kat tempat yang sama. Tapi meja lainlah.

10) Membantu mendapatkan keperluan tetamu
- Ingat lagi aku, masa tu tetamu aku sakit kepala, dia mintak aku belikan Pain Killer, dengan segera aku belikan di kedai berhampiran.




11) Sentiasa berhampiran dengan tetamu
- Ini sudah pasti. Tapi kadang-kadang aku lost juga. Pasal dia pun nak buat hal dia sendiri juga.

12) Bertugas sehingga tetamu bertolak pulang
- Dia nak pulang hari Rabu ni, tapi dia nak pergi KL. So, aku just say good bye kat hotel je pasal driver aku dari KL. Kalau aku ikut sama takkan naya dia nak pusing balik ke Melaka. Lagi pun aku dah beritahu kat tetamu aku tu, dia pun cakap ok.

Tengok tu.., berapa banyak tugas yang kena dilakukan. Dari pagi sampailah ke Malam. Sampai sakit kepala aku.

Tapi ada lagi cerita yang best.. Masa hari kedua, mereka yang Duta-Duta dan Datuk-datuk Bandar seantero dunia ni ada program city tour. Adalah dalam 20 lebih kereta pergi membawa mereka ni berjalan-jalan siap dengan dieskot dengan polis trafik. Pergghh.. Rasa gempak pulak. Tak pernah rasa naik kereta dan kereta-kereta lain beri laluan.. :)

Apa-apapun, bukannya aku suka sangatpun nak jadi LO ni, tapi bila dah diberi tugasan, kenalah laksanakan. Ianya adalah satu pengalaman yang berguna dan berharga bagi aku sebagai orang biasa-biasa je..

22 comments:

  1. best gak keje cam ni.. merasa gak kena escot kan.. hebattt!! hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bro..

    mantap la kjer hang..ala2 mcm setiausaha politik menteri kan..dulu member aku ada seorang pegawai khas menteri..tapi sekejap je, bila menteri tue gugur..dia pun keguguran hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAHROM : WAALAIKUMSALAM.. AAH.. KITA AKAN JADI SEPERTI SETIA USAHA ORANG YANG KITA BAWA..

      Delete
  3. pengalaman 2 penting... sonok jgk ek...

    ReplyDelete
  4. wah.macam bodyguard plak ye.tp kn sentiasa berjaga2 dan berhati2 kan?sbb nak jaga nama negara tuh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIRANIEZ : YA.. KENA JAGA NAMA NEGARA YANG PENTING..

      Delete
  5. best jugak la bro tugas LO ni kan...?

    ReplyDelete
  6. baca pon dah tahu kena hebat english kerja ni...hebatla bro..

    ReplyDelete
  7. xperience is the best teacher ever kan..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. MADAM : BUKAN USHER YANG PENYANYI TU TAU.. :p

      Delete
  9. Memang menarik pengalaman tuan. Time kasih kongsikan pengalaman yg baik ni. Tanggal 12.1.2013 i pun kena jadi LO untuk Ketua Pegarah Kastam Msia. Ni pegalaman yg pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUAT YANG TERBAIK MOHAMAD ZAKRI.. :)

      Delete
  10. ADA JAWATAN KOSONG UNTUK JADI LO NI...MACAM MANA NAK APPLY?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI BUKAN JAWATAN TETAP DIZA, HANYA DIPANGGIL APABILA DIPERLUKAN. BARU TADI PIHAK MAJLIS ADA CALL SAYA UNTUK OFFER JADI L.O LAGI, TAPI SAYA TOLAK, CUKUPLAH SUDAH BERAPA TAHUN SAYA BERASA JADI L.O. BERI PELUANG PADA YANG LAIN PULA. CUBA AWAK TRY CONTACT MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB). MANALAH TAU ADA KEKOSONGAN LAGI
      .

      Delete
  11. Good information for newbie LO. Thanks Bro.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...