Friday, April 8, 2011

KEBARANGKALIAN ITU JUGA PENTING

Teringat masa kat sekolah dulu masa belajar matematik, ada belajar teori kebarangkalian. Rupa-rupanya kebarangkalian ini juga sesuatu yang penting. Mampu menjadi benar sekiranya di selidik dengan teliti. Kebarangkalian juga perlu diaplikasikan dalam kehidupan dan pekerjaan seharian, namun janganlah sampai kebarangkalian itu menjadi isu, fitnah dan sebagainya. Setiap kebarangkalian perlu dibuktikan dengan hujah atau nas-nas tertentu.

Gambar sekadar hiasan


Kenapa aku bercerita pasal kebarangkalian? Nak tahu? Sebab otak aku sedang ligat berpusing memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehinggakan sehingga kini meragut dua nyawa individu yang dalam urusan siasatan. Mungkin ada diantara kita membuat kebarangkalian dan ada juga terus menunjukan jari ke mana-mana pihak.

Sabar-sabar... Kita yang tak tahu apa-apa ni lebih baik jangan terus menuduh satu pihak dengan tanpa kita sendiri tahu. Jangan kerana mempunyai kepentingan, kita terus saja meletakkan satu kesalahan pada orang yang kita tidak gemari.

Cuba kita fikirkan kebarangkalian-kebarangkalian ini.

Situasi : Pegawai Kanan Kastam jatuh dan mati di kawasan bangunan SPRM

Kebarangkalian 1 :
Pegawai Kastam terbabit telah diugut dengan keras untuk tidak membocorkan rahsia oleh pihak yang berkepentingan dalam kes tersebut. Contoh, ugutan bunuh, ugutan kepada isteri dan anak-anak dan sebagainya.

Kebarangkalian 2 :
Pegawai Kastam terbabit amat malu akan tindakan diri sendiri lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri daripada menanggung malu dari isteri dan anak-anak, sanak saudara dan kawan-kawan.

Kebarangkalian 3 :
Ditolak oleh Pegawai SPRM kerana kes yang disiasat berkait dengan nama-nama orang besar.

Kebarangkalian 4 :
Terjatuh juga satu kemungkinan. Mungkin semasa beliau berada di tingkap atau balkoni bangunan tersebut, beliau tergelincir lalu terjatuh.

Ini hanya teori kebarangkalian, bukan yang sebenarnya. Jadinya ia bukanlah suatu jawapan kepada persoalan yang bermain di minda rakyat Malaysia berkenaan kes ini. Biarlah pihak berkuasa menyiasat dan mendapatkan jawapannya sendiri. Kita hanya mampu membuat KEBARANGKALIAN.




6 comments:

  1. Yer betul, tapi tak mungkin dia bunuh diri.

    ReplyDelete
  2. pembaca blog aku beri SPRM sebagai 'Suruhanjaya Perkhidmatan Rumah Mayat'... tergelak juga tapi kebarangkaliannya tetap ada. Terkejut juga bila dgr news dah ramai mati dalam siasatan SPRM. Sama2 kita siasat ni bro...

    ReplyDelete
  3. malaysia skang sangat menakutkan... dari kacamata budak yang baru nak membesar... huhuhu... siyes.. banyak kebarangkalian yg boleh dbuat... dan ia tdk mustahil jika telah dirancang.. wallahualam.. hanya Allah yang lebih mengetahui perkara yg sebenar...

    menggerunkan berita itu..

    ReplyDelete
  4. betul2!!!pelik bin ajaib...hehee

    keberangkalian yg keberangkalian..hehehe

    ReplyDelete
  5. SPRM wat tindakan yg tepat..buat siasatan kat tingkat bawah hehehehehhee

    ReplyDelete
  6. ada byk kebarangkalian kannnnnn....

    klik HB

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...