JANA PENDAPATAN DENGAN TELEFON BIMBIT

Chenta Creative Hijab

Followers

Thursday, April 28, 2011

KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL NAIK GAJI?





Erm.. Nampaknya ada khabar angin yang menyatakan bahawa kakitangan kerajaan akan naik gaji. Betul ke? Kalau tak naik camne? Kalau naik, gerenti aku pun suka.

Ada desas desus mengatakan :

- Gaji kakitangan sokongan akan naik dari 15 %- 20 %, atau
- Kerajaan akan menaikan gred kakitangan kerajaan, atau
- Kerajaan akan mansuhkan elaun COLA dan membuat penyelarasan gaji yang baru.

Dengar cerita ELAUN COLA pun naik naik, betul ke?


Tapi tak taulah betul ke tak ni. Wallahuaklam. Kalau nak diikutkan, rasanya sudah 10 tahun gaji kakitangan kerajaan belum disemak semula, mungkin tahun ini Perdana Menteri nak kaji semula siapa tau.. Harap-harap tuntutan oleh CUEPAC berkenaan penyelarasan semula gaji kakitangan kerajaan dapat dipertimbangkan oleh Perdana Menteri sebagai hadiah Hari Buruh pada 1 Mei 2011 ini.

Bagi kakitangan kerajaan pulak, kalau benarlah apa yang telah didesas desuskan, eloklah kita sama-sama bekerja dan berusaha lebih gigih lagi bagi memastikan setiap perkhidmatan yang kita berikan dapat memuaskan hati pelanggan.



6 comments:

  1. Bakal naik 10% dari sumber2 yg diperolehi

    ReplyDelete
  2. Bestler kalau betul-betul jadi naik. Yang tak bestnya baru dengar nak naik gaji....harga barang dah naik dulu. tak ade maknanya gaji naik kalau macam tu kan!

    ReplyDelete
  3. klu betul nanti..alhamdulillah.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...