Monday, April 25, 2011

BULAN

Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.

Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Sumber : Wikipedia





Kenapa bulan? Hehe.. Saja je.. Ada satu malam tu aku takde keje, so aku ambil gambar bulan dengan menggunakan kamera digital murah aku ni. So jadilah objek bulan seperti di atas. Ada sesiapa yang belum pernah tengok bulan? Angkat kening... :)



2 comments:

  1. bulan...? menarik gak topik ni bro. bulan putih hijau camne plak?

    ReplyDelete
  2. Menjadi jugak kerja awak ye....:)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...