Monday, March 21, 2011

TIDAK BOLEH NIKAH DI MASJID?

Macam biasa masa memandu ke tempat kerja, aku akan membuka siaran radio kegemaranku iaitu Sinar FM. Dalam aku menghayati setiap lagu dan berita-berita yang diwar-warkan, aku ada terdengar tentang perihal nikah kahwin. Hal yang dihebahkan ialah larangan menikah di majid. Biar betul?


Selama ni ramai orang kita membuat majlis akad nikah di masjid. Betul tak? Bagi menguatkan lagi kepercayaan aku terhadap perihal yang diwar-warkan, aku telah melayari beberapa laman web bagi mencari lebih kepastian. Ternyata, benarlah apa yang diwar-warkan bahawa orang islam adalah tidak digalakkan mengadakan majlis pernikahan di masjid. Kenapa?

Hujah mengenai larangan akad nikah di masjid ialah kerana ia bukan perbuatan sunnah di mana nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat tidak pernah mengadakan akad nikah di masjid.

Selain itu, mengadakan akad nikad di masjid adalah menyerupai agama Kristian di mana setiap akad nikah agama ini perlu dilaksanakan di dalam gereja.

Namun begitu, ini bukan bererti akad nikah di masjid adalah haram. Ia tetap sah di sisi islam.

Wallahuaklam.

(ps : dulu aku nikah kat rumah je.. Kalau nabi kita tak buat, takyahlah ikut, takut nanti kita meniru agama lain pulak)




12 comments:

  1. Saya nikah kat masjid. tp mmg pilihan sendiri. x de wat kenduri pun kat masjid tu. :)

    p/s; klik ur HB

    ReplyDelete
  2. BARANG SIAPA YANG DAH TAU NI.. CUBA2LAH ELAKKAN YE..

    ReplyDelete
  3. eh yeke....nasib baik aku nyer akad nikah nnti akan di adakan kat umah..huhu

    ReplyDelete
  4. really????waahh thanks info sbb xpernah tau...nasib la smua akak2 aku nikah kat umh walaupun umah sebelah masjid :P

    Meh singgah: Bisul ohhh Bisul!!

    ReplyDelete
  5. oww...br tau.. tp x salah pn kan kalo nk kawen kt masjid...

    ReplyDelete
  6. FADHEELA DAN AZANA : MEMANG TAK SALAH NIKAH DI MASJID, CUMA TAK DIGALAKAN SAJA.. WALLAHUAKLAM..

    ReplyDelete
  7. x digalakn? urmm...

    pemilihan masjid sebagai akad nikah merupakan suatu pendekatan dakwah kerana mereka yang t'libt dgn upacara tersebutmesti jg adab n menutup aurat apbl b'kunjung ke rumah Allah
    -Jamil Khir

    hehe... lagi pn masjid ni kn bnyk fungsi bukan beribadat semata-mata.:)

    ReplyDelete
  8. sekadar berkongsi,
    diambil dari
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-upacara-akad-nikah-di-masjid

    Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid
    Keputusan:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


    Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.

    Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.

    ReplyDelete
  9. selain jaga adab,peraturan nak tambah lagi satu, HUKUM kena tau le...

    perempuan2 yg hadir semasa akad nikah termasuk pengantin sendiri haram masuk ke masjid jika 'period'.Hanya boleh lalu sahaja.Kena duduk kat luar bangunan masjid dan tunggu tok imam datang minta persetujuan kahwinkan beliau.

    ReplyDelete
  10. NIKTHS : TERIMA KASIH BANG DI ATAS PENJELASAN YANG DIBERIKAN..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...