Sunday, March 13, 2011

SATU JENIS SEKOLAH DEMI PERPADUAN KAUM

Sekolah merupakan institusi pembelajaran secara formal kepada anak-anak. Anak-anak dididik untuk mengenal ilmu dan erti kehidupan. Pada masa kini sekolah kerajaan terbahagi kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Apa yang hendak dibincangkan ialah tentang kepelbagaian jenis sekolah. Kepelbagaian jenis sekolah ini dilihat seperti mengasing-asingkan pelajar mengikut kaum tertentu, padahal kerajaan menitikberatkan soal perpaduan. Memang tidak dinafikan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini akan bertemu bersama di sekolah menengah, tetapi pelajar-pelajar ini seharusnya dicampur dan disebatikan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Kenapa kerajaan tidak mengutamakan satu sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan dan memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil? Kita sekarang di Malaysia, Bahasa Malaysia mestilah diutamakan. Bukankah ia merupakan salah satu dari perlembagaan Malaysia. Bukan tidak boleh belajar Bahasa Cina atau Tamil tetapi bukankah elok sekiranya kita satukan Bahasa Malaysia di mana ia merupakan Bahasa Rasmi negara?

Sekiranya pelajar-pelajar ini dilatih dalam Bahasa Malaysia sejak dari kecil lagi dan bersekolah dalam satu jenis sekolah, adalah berkemungkinan besar pelajar-pelajar selain dari pelajar Melayu akan fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia kerana adanya pembelajaran dalam Bahasa Melayu dan interaksi antara kaum. Tidak seperti sekarang, ada kaum selain Melayu masih lagi sukar untuk berbahasa Malaysia.

Dengan adanya sekolah yang sejenis ini pastinya akan dapat memupuk perpaduan antara kaum. Iyalah, mereka sudah bergaul dan saling mengenali sejak kecil sehingga ke sekolah menengah sudah pasti mereka akan erat dan saling memahami.

Bagi kaum lain, sikap memandang ke hadapan adalah perlu. Jangan mengada dan jadikan alasan sekiranya kerajaan memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan. Sayangilah anak-anak kita. Kita perlu berikan mereka kebebasan untuk berkawan dengan kaum-kaum lain. Jangan biarkan mereka hanya berkawan dengan kaum sejenis tanpa memberi peluang untuk berkawan dengan kaum lain. Sekiranya begini, sampai bilapun perpaduan diantara kaum tidak tercapai 100%.




Tidakkah kita mahu melihat Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain hidup aman damai tanpa sebarang syak wasangka dan iri hati. Kita sama-sama duduk dalam satu negara yang begitu baik dan harmoni, mana-mana pergipun boleh hidup. Jangan ada dengki, jangan ada sombong. Rezeki ada di mana-mana, carilah tiada siapa yang halang selagi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

8 comments:

  1. dulu masuk sekolah rendah campur...tapi jealous plak tgk member pndai mandarin sebab sekolah kat jenis cina

    ReplyDelete
  2. dulu pernah wujud *Sekolah Wawasan*. Tak tau wujud ke tak sekolah tu lagi.mslh bukan sekolah,tapi sistem pendidikan Malaysia banyak kali tukar.kena sistematik.baru akan maju.

    ReplyDelete
  3. Itu lah..sistem pelajaran kita ni asyik tukar,bukan ke arah kemajuan, tapi ke arah kekeliruan je...huuuuu

    ReplyDelete
  4. Lebih baik sekolah campur sebab boleh memahami budaya bangsa lain.. Kata 1 malaysia..he3

    ReplyDelete
  5. FAIZ : KITA JE BANGGA.. ORANG CINA TAK BANGGAPON BELAJAU BAHASA KITA..

    AIRANIEZ : ERM.. BETUL JUGAK TU.

    RINA : NO KOMEN..

    DE CREWS : TULAH YANG SANA NAK MAKSUDKAN..

    AZZEY : TQ KERANA SOKONG..

    ReplyDelete
  6. suka banyak skolah n macam-macam aliran...boleh pilih mana2 kita suka

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...