Sunday, March 6, 2011

MOHD SAFEE SALI MENJARINGKAN GOL BUAT PELITA JAYA FC

Penyerang Pelita Jaya FC dan juga pemain kebangsaan Malaysia, Mohd Safee Sali telah membuktikan pemergiannya ke kelab Indonesia adalah begitu bermakna kerana telah berjaya menjaringkan gol di kemunculan sulungnya di Pelita Jaya FC.

Gambar : Google

Pelita Jaya FC yang sedang menduduki tempat tercorot dalam Liga Super Indonesia telah membenam Srivijaya FC dengan jaringan tunggal Mohd Safee Sali yang membolehkan kelab tersebut memenangi perlawanan dengan jaringan 1-0.

Dalam keadaan bola sepak Malaysia sedang menjadi perhatian setiap warga Malaysia, kecemerlangan Mohd Safee Sali di Pelita Jaya FC pastinya turut dirasai. Selain membantu Pelita Jaya FC mencipta kemenangan, sudah pasti nama Malaysia juga bermain di bibir peminat bola sepak di Indonesia.

Tahniah diucapkan kepada Mohd Safee Sali, semoga terus cemerlang di perantauan. Jadikan pengalaman bermain di seberang sebagai bekalan berguna untuk memantapkan lagi diri sendiri dan pasukan Malaysia. Syabas diucapkan.



5 comments:

  1. terbaik la safee sali..semakin ari semakin cemerlang!

    meh singgah: Hadiah Perkahwinan yang paling BEST!!

    ReplyDelete
  2. hoyehhh!!!go go safee. semakin mendapat tempat pemain kita.sempoiii

    ReplyDelete
  3. rugi malaysia dia pi main kat indon. sobsobsob

    ReplyDelete
  4. AMRY : MEMANG SEMPOI.. MENGHARUMKAN NAMA NEGARA..

    RED : TAKPE.. DIA TETAP BERMAIN UNTUK MALAYSIA.. CUMA DIA BERMAIN KELAB DI SANA..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.