Friday, March 25, 2011

MEMBUNUH DIRI ADALAH DOSA BESAR

Kenapalah dengan dunia hari ini. Dengan krisis negara Arab yang bergolak. Dengan gempa bumi dan Tsunaminya, dengan politik dalam negara yang menjijikan. Sekarang ni di Kelantan ada pula cubaan membunuh diri oleh seorang remaja perempuan.

Kenapa ada terdetik dalam hati seseorang untuk membunuh diri? Adakah kerana hanya kekecewaan atau kesusahan hidup sahaja yang menyebabkan seseorang mengambil tindakan untuk membunuh diri. Tidakkah itu dinamakan sebagai tidak menerima kenyataan sekaligus menafikan qada dan qadar dari Allah.



Di sini ada diselitkan beberapa petikan hadis tentang hukum atau hukuman bagi tindakan membunuh diri.

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”

(Al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”

(Al-Bukhari dan Muslim)

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T. : “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”

(Al-Bukhari dan Muslim)

Para remaja harapan bangsa sekalian, janganlah mengambil keputusan terburu-buru dengan membunuh diri kerana sesungguhnya ia adalah Dosa Besar dan tempat mereka yang membunuh diri itu ialah neraka. Sekiranya ada masalah, tenangkan diri, munasabah diri dan dekatkan diri dengan Allah, insyaalah segala masalah boleh diatasi.




6 comments:

  1. ouch!
    dasyat gak ye.Kesian bomba terpaksa tarik-tarik dia.tapi dia nak gak jatuh..adui..=(

    ReplyDelete
  2. AIRANIEZ : TU LA PASAL.. BETUL2 TAKNAK HIDUP LAGI BUDAK POMPUAN NI..

    ReplyDelete
  3. mcm kes yg baru berlaku last week kat area umah saya. bunuh diri dgn terjun dari tingkat 4 bangunan...:(

    ReplyDelete
  4. AZZEY : DAH TENSION HIDUP AGAKNYA DIORANG TU..

    ReplyDelete
  5. Itulah pasal..bukan setakat remaja, sekarang ni tak kira siapa pun,nampak macam senag2 hati je nak cabut nyawa diri sendiri..baru2 ni ter'rajin' baca column motivasi pasal bunuh diri..pakar motivasi tu kata, cuba fikir elok2 keputusan nk bunuh diri tue..sebabnya, lebih banyak keburukan dari kebaikan..bukan keburukan pada diri sendiri je, pd keluarga & org sekeliling..mmg logiklah kan, bila someone bunuh diri, mestilah keluarganya yg tanggung malu..itu satu hal..buatnya org2 cemuh keluarga?haa...org yg mati bunuh diri tu dah sah2la dah mati..org yg hidup yg kena tanggung semua tue...tp, kdg2 bila fikiran dah kena rasuk ngn syaitan, xleh dah fikir ape2...jadinya, pulanglah ke jalan yg 1...dekatkan diri pada Yang Maha Esa..bukan masa susah je, masa senang lagi la kena ingat kat Tuhan..."INGAT 5 PERKARA, SEBELUM 5 PERKARA"~~~~

    ReplyDelete
  6. HUDA : TERIMA KASIH MEMBERI PENERANGAN YANG PANJANG LEBAR..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.