Thursday, March 10, 2011

MARI MELAWAT KE MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini aku mahu mempromosikan sedikit tempat aku bekerja, mana lagi kalau bukan di Muzium Istana Kesultanan Melaka. Kepada sesiapa yang berhasrat ke Melaka tu, rajin-rajinlah datang melawat ke muzium ini. Harga tiketnya tidaklah mahal mana. Bagi dewasa cuma RM 2,00 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun RM 0.50. Tak mahal bukan?

Di bawah ni aku pertontonkan sedikit video muzium ini. Tak bolehlah kalau aku nak papar semua. Kalau nak tengok lebih lanjut, datanglah melawat ke muzium ini.



Macam mana, menarik tak? Apa lagi, cuti-cuti sekolah dan cuti hari minggu tu bawalah anak-anak datang ke sini. Kita bukan sahaja suka-suka nak papar barang-barang lama, tapi ia merupakan satu aspek pendidikan tidak formal. Mengenali sejarah. Mengenali sesuatu yang mungkin kita tidak tahu. Dari membiarkan anak-anak dari tak tentu hala, apa kata bawa dia ke muzium. Kalau dah datang ke muzium tu, janganlah pulak hanyak tengok-tengok saja, bacalah juga setiap penceritaan yang dipamerkan. Pastinya akan menambah ilmu untuk semua.

Bagi sahabat-sahabat bloggers, kalau nak datang ke muzium ni bolehlah cari aku. Sekurang-kurangnya kita boleh berkenalan dan aku pun boleh menjadi "guide" korang. Tapi bayar tetap kena bayar ek.. Tak boleh percuma.. :)

16 comments:

  1. ayak!!ayat terakhir tu..baru ingat nak mintak diskaun.hehehehehehe....

    errr....bro.bukan salah ker kalau kita amik gambar dalam muxium.sebab dulu.time aku masuk muzium,terang2 kat pintu masuk dia letak signboad "no camera"

    tak pernah pijak melaka lagi bro...tak tahulah bila.hmm...ko sponsor boleh...lalalalalala..hehe

    ReplyDelete
  2. AMRY : MASA DULU-DULU MEMANG TAK BOLEH AMBIL GAMBAR.. SEKARANG DAH BOLEH. TAPI MASIH ADA LAGI MUZIUM YANG TAK BOLEH AMBIL GAMBAR..

    ANTARA FAKTORNYA IALAH DALAM ASPEK KONSERVASI DAN KESELAMATAN..

    ReplyDelete
  3. Jai belum pernah jejak lagi melaka.. kalau ada masa, boleh la jugak turun sana bulan madu..hu3

    ReplyDelete
  4. rasenye seumur hidup sekali je pergi muzium..muzium beras kat perlis ke kedah...xingat...

    ReplyDelete
  5. Salam.adeh ! sshnya nk cari tmpt komen..huhu..

    har..muzium ..x prnh pegi pun..hee~

    ReplyDelete
  6. JAI : AWAK DUK MANA.. MACAM JAUH JE MELAKA NI.. DATANGLAH.. MACAM2 ADA..

    FAIZ : NANTI KALAU DATANG MELAKA.. SINGGAHLAH SINI..

    ReplyDelete
  7. NOVELGURL : DATANGLAH MUZIUM.. AWAK DAPAT KAT MANA UNTUK KOMEN NI?

    ReplyDelete
  8. Jai duduk KL.. Jai punya anak buah kat sana ramai la.. Plusronda..hu3

    ReplyDelete
  9. heh..pernah dtg sini dating.haha...banyak pakaian zaman silam ada.cantik..tp cam sunyila..bg lagu sikit dlm tu..huhu

    ReplyDelete
  10. JAI : SURUHLAH ANAK BUAH PLUSRONDA TU DATANG MELAWAT MUZIUM.. :)

    AIRANIEZ : SEKARANG TAK SUNYI LAGI.. ADA LAGU.. ADA TAYANGAN FILEM LAMA.. :)

    ReplyDelete
  11. Cam best je . nak pegilah juga...:)

    ReplyDelete
  12. AZZEY : MEMANG BEST LER.. DATANG ARR.. KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU HAMBA HULURKAN.. :)

    ReplyDelete
  13. Blh minta email? ade perkara yang nak dibincangkan. TQ

    ReplyDelete
  14. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka sekarang dikenali sebagai PERZIM ke?

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.