Friday, March 25, 2011

KEMBALI MENJADI PELAJAR

Sudah lama tak ambil peperiksaan. Huh, macam pelajar sekolah lah pulak. Kerja dengan sektor kerajaan ni ingat senang ke? Macam-macam jenis peperiksaan kena ambil. Dari peperiksaan semasa Kursus Induksi, Peperiksaan Undang-Undang, eh.. macam-macam peperiksaan lagi lah. Syukurlah aku sudah lepas semua tu. Ingat! Kalau tak lulus tak boleh ditetapkan tau. Ingat senang ke nak kerja dengan kerajaan.


Yang terbaru aku ambil ialah Peperiksaan Tahap Kecekapan A.K.A PTK. Kiranya ni lastlah sebab lepas ni PTK akan dimansuhkan. Aku memang lulus, tapi tahap 3 sahaja. Huh, kalau tahap 4 kan best.. Nak diceritakan semua kakitangan jabatan aku yang ambil PTK saing dengan aku semuanya dapat tahap 3. Kalau ada kenaikan pangkat, mahu berebut kitorang ni.

Hari Isnin dan Selasa ni pulak kitorang akan duduk lagi peperiksaan KPSL @ Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. Harap-haraplah boleh lulus. Dengar cerita peperiksaan ni memang susah nak lulus. Lebih-lebih lagi yang baru first time ambil. Ada orang berkali-kali ambil tak lulus. Tak pastilah, samaada dia tak membaca atau memang ada kuota untuk lulus.

Hari minggu ni merupakan cuti. Bolehlah aku membaca dan mengulangkaji di rumah.Tu pun kalau ingat nak bacalah. Kalau tak baca, "mengoreng" jawapanlah jawabnya.. :p




10 comments:

  1. heheh..byk gak kan exam...igtkan ptk je..

    ReplyDelete
  2. cuti boleh ler kau baca... aku cuti pun kena kerja gak pak. sampai awal pagi malam pulak tu

    ReplyDelete
  3. All the best utk KPSL. Saya plan next year..:)

    klik ur HB

    ReplyDelete
  4. kalau dpt naik pangkat, jgn lupe habaq mai..kawan2 pasti hepi punya

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH DIATAS UCAPAN SEMUA.. BARU HABIS. 2 HARI EXAM.. TERNYATA BUKAN SENANG NAK NAIK PANGKAT.. SUSAH2 TU... DENGAN SOALAN ARKEOLOGINYA, ALAM SEMULA JADI, PENYELIDIKAN, PENDIDIKAN MUZIUM.. PERGHH.. JAWAB MEMANG JAWAB.. ADA YANG "MENGGORENG" :p

    ReplyDelete
  6. software tu xpyh register...klik je kat download tu..

    ReplyDelete
  7. moga lulus bro n dinaikkan pangkat. aminnn..kalau naik pangkat.....jangan lupa kat aku yang doakan ni..huhuhu..gurau jerk!

    ReplyDelete
  8. FAIZ : OOO.. OK.

    AMRY : SUSAH BRO.. TAK TAU LA LULUS KE TAK.. DALAM HATI KATA MACAM TAK JE.. :p

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...