Thursday, March 3, 2011

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan lama selain Empayar Melaka yang telah wujud sejak sekian lama. Ini dapat dilihat dari wujudnya sumber bertulis iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang mencatatkan sejarah Kerajaan Kedah Tua. Jika Melaka terkenal dengan Sejarah Melayunya atau dikenali sebagai Sulalatus Salatin maka Hikayat Merong Mahawangsa adalah pula adalah gambaran dan penceritaan mengenai Kedah Tua.


Apa yang mahu aku kongsikan di sini ialah tentang filem Hikayat Merong Mahawangsa oleh Kru Studios yang bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011 ini. Amat jarang sekali pengeluar filem negara kita membuat filem epik atau sejarah seperti ini. Aku sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan inisiatif yang dibuat oleh Kru Studios yang sanggup memikul tanggungjawab membuat filem sepik seperti ini.

Jika dahulu Seniman Agung, P. Ramlee telah membuat filem Hang Tuah, cerita sejarah Bukit Kepong pula diarahkan oleh Datuk Jins Shamsuddin dan filem seperti Puteri Gunung Ledang, kini giliran Kru Studios pula membuat filem berdasarkan sejarah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Bagi pengarah-pengarah lain diluar sana, diharap dapat meniru atau mengambil pendekatan yang sama dalam membuat filem.

Pada pendapat aku, membuat filem berdasarkan epik, sejarah ataupun novel adalah baik juga diambil kira. Kalau kita lihat di Hollywood, terdapat banyak juga filem mereka adalah berdasarkan novel.

Lepas ini aku berharap agar Kru Studios atau mana-mana produksi mencuba pula membuat cerita berdasarkan teks Sulalatus Salatin. Memang terlalu banyak cerita dalam teks tersebut, tapi cubalah ambil kisah atau cerita-cerita tertentu untuk difilemkan. Mungkian boleh diambil kisah Putera dari Bukit Si Guntang, Wa'ad Demang Lebar Daun, Sultan Mangkat Dijulang dan sebagainya.




Sebenarnya, filem akan menjadi laris sekiranya berdasarkan teks ataupun novel kerana si pembaca pastinya akan lebih teruja untuk menonton cerita sepertimana yang pernah dibaca.

Aku yang 3 tahun tak menonton wayang inipun teramat teruja untuk menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa ini. Aku pasti akan menontonnya nanti. :)

6 comments:

  1. aku pon teruja la nak tgk, ingatkan dah kuar, 10hb rupanya..

    ReplyDelete
  2. IEDA : AAH LER.. 10 HB NI BARU DITAYANGKAN.. NI DAPAT INFO PASAL TENGOK RANCANGAN SOAL JAWAB DI TV3, DIORANG INVITED KRU STUDIOS PUNYA ORANG CERITA PASAL FILEM NI..

    ReplyDelete
  3. AZZEY : TENGOK, JANGAN TAK TENGOK.. :)

    ReplyDelete
  4. sapa cakap filem kita tak setanding filem luar negara!!

    ReplyDelete
  5. MR ADAMZ : BELUM BERKESEMPATAN UNTUK MENONTON.. SEDANG AMAT BUSY.. SABTU AHAD NI PUN ADA FUNCTION.. MINGGU NI NO REHAT..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.