Thursday, February 24, 2011

KISAH DI SEBALIK KEMENANGAN MALAYSIA KE ATAS PAKISTAN

Yahooo... Malaysia menang lagi.. Kalau dulu Hong Kong menjadi mangsa, kini Pakistan pula. Memang Malaysia Bolehlah kalau camni selalu.


Namun, disebalik kemengan skuad Olimpik negara ke atas Pakistan malam kelmarin, ada lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Pasukan Malaysia sepatutnya boleh mendapat lebih banyak gol berbanding hanya 2 gol sahaja yang dijaringkan. Memandangkan pasukan lawan hanya bermain seramai 10 orang, pasukan negara seharusnya lebih bersemangat dan mengatur strategi bagi menambah bilangan gol sebagai bekalan di Pakistan (perlawanan timbal balik)

Bahagian serangan kelihatan kekurangan idea. Kalau dilihat, sebenarnya banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol tetapi hanya sia-sia kerana bahagian serangan kelihatan sedikit tumpul.

Bahagian tengah juga kelihatan kosong. Tidak banyak pemain memegang bola dibahagian tengah bagi merancang serangan ke atas lawan. Pemain-pemain Malaysia juga kurang mengelecek, bola tidak tahulah samaada mereka kurang mahir ataupun kurang yakin.




Pada bahagian pertahanan pula adalah begitu baik. Namun ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki serta dijadikan pengajaran agar tidak dilakukan lagi pada masa akan datang. Penjaga gol harapan negara iaitu Mohd Khairul Fahmi juga kelihatan telah membuat beberapa kesilapan dengan menendang bola tidak jauh.

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap menang. Menang itu penting dan harap bekalan 2 gol ini memadai sebagai bekalan di Pakistan nanti. Selamat maju jaya Harimau Malaya.. Malaysia Boleh..

11 comments:

  1. malaysia terlepas beberapa peluang yg baik.. tapi sy yakin skuad harimau pasti belajar dari kesilapan dgn cepat. MAJU TERUS BOLA SEPAK MALAYSIA~~ TERUS UNGGUL DI MATA DUNIA

    ReplyDelete
  2. Betul.patut boleh gol lg banyak.tp mmg hebat gak gol keeper kedua Pakistan si Umer tu..ada potensi jd KFC-versi Pakistan..heh

    ReplyDelete
  3. salam

    puas hati tgk game tu walaupun byk peluang terhidang gagal disempurnakan. apa pun tahniah utk skuad bola negara, teruskan kecemrlangan!

    ReplyDelete
  4. bwk peluang diaorg terlepasss..sygg!! tp tahniah malaysia!!

    Meh singgah: Tak beri kemanusiaan langsung!!!

    ReplyDelete
  5. SEMUA YANG KOMEN : MALAYSIA BOLEH.. :)

    ReplyDelete
  6. AZZEY : MALAYSIA MEMANG BOLEH.. AZZEY, JANGAN KLIK LAGI.. NANTI KENA BAND..:(

    ReplyDelete
  7. rajagobal perlukan pisau yang lebih tajam untuk asah bahagian serangan yang tumpul tu..

    - Fitrihadi.com -

    ReplyDelete
  8. BRO FIT : MASA LAWAN PAKISTAN TU, SKUAD OLIMPIK MALAYSIA.. JURULATIH DIA ONG KIM SWEE.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.