Tuesday, February 8, 2011

KENALI HOSNI MUBARAK

Nama penuh beliau ialah Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak lahir 4 Mei 1928) merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.

Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom.

Kemudiannya beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Komander Tentera Udara.




Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (30 tahun pada 2011)

Sumber : Wikipedia

8 comments:

  1. aku benci dia bro... susah payah kita hantar bekalan makanan dan ubatan melalui laut dan berdepan pelbagai risiko, dia buat bodoh je! Ni lah presiden yang mengaku Islam namun sanggup melihat dan membiarkan rakyat Palestin terus menderita.

    Semoga Allah menimpakan azab seberat-beratnya kepada pengkhianat umat Islam...

    ReplyDelete
  2. PANGLIMA : APABILA BERLAKU SESUATU ISU / KRISIS BARULAH KITA MENGENALI SESEORANG. KALAU DI MESIR KITA SUDAH DAPAT TAHU BAHAWA MUBARAK DILIHAT MACAM PEMIMPIN DIKTATOR, MANAKALA PANGLIMA HITAM JUGA TERSERLAH SIKAPNYA YANG ANTI-PRESIDEN MESIR.. :)

    ReplyDelete
  3. pergh dh lah sikap dia mcm tu, bleh plak bertahan jd pemimpin slamer 30 tahun...lame giler...lol

    ReplyDelete
  4. ERM.. TAK TAULAH NAK CAKAP APA FMAN.. DAH RAKYATNYA UNDI DIA.. TAKPON BERLAKU PENIPUAN SEMASA UNDIAN.. WALLAHUAKLAM..

    ReplyDelete
  5. truk camna pun dia,masih ada rakyat dia yang pertahankan pentadbirannya..tp dia suku kuat Israel..jadi survivela nak dicampak mana2.kot

    ReplyDelete
  6. AIRANIEZ : ERM.. TAK TAU LAH AIRANIEZ.. BAGI PENDAPAT PERIBADI SAYA, DIA DAH PATUT BERUNDUR.. LAMA SANGAT DAH.

    ReplyDelete
  7. oh inilha dia ye orang nya.....* sblm ni mmg tak tau pun *....hu3..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...