Monday, February 28, 2011

HARI INI MELAKA CUTI KE?

Punyalah banyak kereta yang parkir di Bandar Hilir hari ini adalah di luar jangkaan di mana kebiasaanya kalau banyak kereta hanya pada hujung minggu dan cuti umum. Tetapi kenapa hari ini terlalu banyak kereta sehingga mendatangkan kesesakan lalu lintas?

Nak tahu kenapa? Sebenarnya tempat aku bekerja berdekatan dengan Balai Polis Trafik Melaka, hari inikan hari terakhir orang membayar saman trafik, jadinya ramailah yang berpusu-pusu datang ke sini untuk membayar saman. Aku yang terlupa situasi ini ingatkan hari ini ada cuti umum di Melaka atau negeri-negeri lain.

Gambar : Google

Dari luar aku perasan, orang beratur panjang untuk membayar saman. Tu lah.. Lain kali kalau dah kena saman tu, bayarlah awal-awal. Nanti menyusahkan diri sahaja. Ataupun mereka semua mengharapkan kerajaan memberikan diskaun? Entahlah... Lain kali bawalah kenderaan dengan mematuhi peraturan. Aku ni bukan tak pernah kena saman, kalau tak silaplah akhir sekali pernah aku kena saman ialah masa tingkatan 5 (13 tahun yang lalu). Bawak motor tak pakai helmet, polis trafik kejar dari belakang, ingatkan nak lari masuk kampung, tapi rasa macam tak sempat je, akhirnya aku menyerah sajalah.. :p

Aku berpesan pada semua dan diri aku sendiri, kalau sudah kena saman tu, bayarlah awal-awal supaya kita tidak susah kemudian. Satu lagi, cubalah mematuhi setiap peraturan jalan raya. kalau ikut peraturan semestinya kita tidak akan disaman.. :)




7 comments:

  1. smlm rmai giler kot org kt pjbt pos..nk byr saman kot..

    ReplyDelete
  2. NIESZ : AAH.. DIORANG NAK BAYAR SAMAN LE..

    ReplyDelete
  3. aku kalau bawa moto ok jer bro. susah la nak kena saman. tapi kalau bawa kereta ni. aduhaiii....dah 13 tahun ko tak pernah kena saman. pergh! memang mematuhi peraturan tul

    ReplyDelete
  4. AMRY : KO MACAM TAK KENAL JE AKU.. AKU KAN PEMANDU BERHEMAH.. HAHAHAHA..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..saman aku dah settle awal..tak yah nak sesak2 kat post opis semalam huhuhhh

    ReplyDelete
  6. opis boi aku semalam pun berebut gi byr saman. almaklum lah kan. last day saman di diskaunkan..hehe

    ReplyDelete
  7. SAHROMNASRUDDIN : ALHAMDULILLAH.. :)

    RED : NASIB BAIK SEMPAT.. KALAU TAK KENA BLACK LIST LA GAMAKNYA..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...