Wednesday, February 16, 2011

BERHENTI KERJA KERANA MLM

Sekarang kerja bukan senang nak cari. Ramai yang duduk menganggur termasuklah para graduan yang keluar dari universiti. Oleh itu, yang sudah dapat kerja tu, janganlah suka-suka nak berhenti.

Aku cerita pasal kerja ni bukan apa, cuma nak kongsikan sedikit pengalaman seorang kawan aku ni. Dulu dia mempunyai kerja yang agak baik juga, tapi selepas dia terjebak dengan satu perniagaan ala Multi Level Marketing, dia ambil keputusan untuk berhenti kerja untuk terus bersama "perniagaan" barunya itu.


Nak dijadikan cerita, perniagaan dia tu tak kemana-mana. Habis segala rancangan dia hancur. Kesian juga aku dengar cerita mengenai dia. Akhirnya dia mencari kerja semula. Syukurlah dia mendapat kerja semula setelah beberapa bulan tidak bekerja.

Sekiranya kawan aku ni ada terbaca entry ini, aku minta maaf banyak-banyak. Bukan niat untuk mengaibkan, cuma sekadar ingin memberi nasihat dan tauladan kepada yang lain agar tidak terburu-buru mengambil keputusan. Kepada sesiapa yang baru-baru nak berjinak dengan perniagaan MLM atau sebagainya, cubalah kukuhkan diri dahulu sebelum berhenti kerja.




Kalau dah betul-betul kukuh dan boleh berpijak di bumi yang nyata barulah boleh berhenti kerja. Itu pun aku tak galakan.Namun, ini masing-masing punya jalan. Kalau rasa diri tu yakin dan boleh, terpulanglah. Aku hanya mampu memberi nasihat dan pandangan.

10 comments:

  1. Jgn pulak lepas ni dengar cerita ..ada yg berenti kerja sbb nak jadi blogger full time

    ReplyDelete
  2. SYOKNYA : HEHE.. ADA KE BLOGGER CAMTU. :)

    ReplyDelete
  3. setuju ngan entri ni~biarla betul2 dl..jgn smpi mkn diri~

    ReplyDelete
  4. aku kerja ni part time jer... hehehe

    ReplyDelete
  5. ATIE : TKASIH KERANA BERSETUJU.

    PANGLIMA : PANGLIMA MEMANG.. BANYAK KEJE PART TIME DAN OVER TIME.. :p

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya, nak masuk MLM ni tak salah pun cuma janganlah sampai nak berhenti keja terus sebab benda tu pun dah namanya part time.. sampingan je.. Sebab susah nak jayakan MLM ni secara fulltime.. Kalau ada yg masuk MLM, tak payahla berhenti keja.. susah nnti bro..

    ReplyDelete
  7. masuk MLM untuk xtra income...so buat pon extra² time sudah...:-) ...sampai berhenti kerja tu pilihan masing²...tp kalau bukan diri sendiri yg bukak MLM tu...takyah la nak berhenti keje

    ReplyDelete
  8. MLM ni sampingan jer....kalau dah betul2 berjaya sekali pon dalam MLm jangan berenti kerja kerana MLM. sebab MLM ni ada pasang surut dia. nak berneti kerja boleh, tapi buat satu biz dari income MLM tu yang dapat menjamin masa depan lagi.

    ReplyDelete
  9. BOY PJ : BETUL TU.. MLM SEKADAR EXTRA INCOME JE..

    AMRY : BETUL TU AMRY, KALAU ADA PENCEN, KWSP TAKPELAH.. SETAKAT LEH KUMPUL DUIT BANYAK, SAMPAI BILA LEH SIMPANKAN.. BUKIT LAMA2 DITARAH, GONDOL JUGAK..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...