Thursday, January 27, 2011

TENANGKAN DUN TENANG


VS

Setelah beberapa kali Pilihanraya Kecil telah diadakan, kini giliran Dun Tenang pula mengadakan pilihanraya berikutan kembalinya ADUN kawasan tersebut mengadap Illahi. Nampaknya terdapat pertandingan 2 penjuru, masing-masing dari BARISAN NASIONAL (BN) DAN PAS. BN mencalonkan wakil lelaki (Mohd Azahar Ibrahim) manakala PAS pula membuat percaturan dengan meletakan calon wanita (Normala Sudirman).

Kempen demi kempen sedang hebat diadakan di antara kedua pihak. Begitu juga dengan kempen di media elektronik terutama di internet di mana kedua-dua pihak parti memaksimumkan penggunaan internet untuk meyakinkan sokongan terhadap calon masing-masing dengan pelbagai cara samaada secara berhemah ataupun tidak.

Tidak terlepas juga dengan cara berkempen di tapak (DUN TENANG), pelbagai berita yang kurang menyenangkan dikhabarkan akibat daripada aktiviti kempen yang dijalankan. Dengan vendalismanya, dengan khianatnya, dengan fitnahnya dan pelbagai lagi. Tidak bolehkah sesuatu kempen dijalankan dengan cara berhemah? Bukan nak salahkan calon kedua-dua parti, tapi pengikut atau ahli parti yang lebih-lebih.





Memang tidak dinafikan, di negara manapun kalau mengadakan pilihanraya pasti ada berlaku perkara yang tidak menyenangkan, tetapi tidak bolehkah dalam sesuatu masa kita cuba berubah dengan melaksanakan kempen pilihanraya dengan tenang dan tenteram. Kita ini manusia, pastinya boleh berfikir mana yang betul dan mana tidak betul. Jangan ada sampai kita duduk berkelahi tapi ada yang tertawa dengan gelagat kita sudahlah.

Selepas ini semasa mengundi, di harap tiada perkara yang "pelik-pelik" berlaku. Biarlah semua pengundi di DUN tersebut keluar mengundi dengan tenang setenang namanya DUN TENANG.

No comments:

Post a Comment

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...