Monday, January 31, 2011

SITUASI DI KEDAI MELAYU

Pernah mengalami situasi begini semasa membeli di kedai orang Melayu :

SITUASI 1

Pelanggan : Bang kira.
Tuan kedai : Semua lima ringgit seposen. Lima ringgit dah la.
Pelanggan : Ok. Terima kasih bang.

SITUASI 2

Pelanggan : Pakcik kira semua.
Tuan kedai : Singgit dua, empat ringgit nam, singgit lima, tiga ringgit. Semua sekali lapan ringgit tiga posen. Kira lapan ringgit dah.
Pelanggan : Betul ni Pakcik? Ikhlas ye..
Tuan kedai : Ye.. Ikhlas.

SITUASI 3

Pelanggan : Makcik kira berapa ni?
Tuan kedai : Nasi lemak tiga, tiga ringgit. Roti canai dua, singgit dua. Semua empat ringgit dua.
Pelanggan : Nah Makcik.
Tuan kedai : Ada dua posen?
Pelanggan : Takde syiling la Makcik.
Tuan kedai : Takpelah. Empat ringgit je.
Pelanggan : Eh, takpe ke?
Tuan kedai : Takpe... Makcik ikhlas.

SITUASI 4

Pelanggan : Terima kasih Cik.
Tuan kedai : Sama-sama. Eh, jab.. Nah amik gula-gula ni, beri pada adik.
Pelanggan : Nah duitnya.
Tuan kedai : Takpelah saya sedekah.
Pelanggan : Terima kasih cik...





Sebenarnya syiling seposen dua itulah keuntungan bagi orang yang meniaga, tapi kebanyakannya kalau orang Melayu meniaga terutamanya di kawasan kampung agak gemar tidak mahukan seposen dua itu. Bukan mereka tidak mahu duit tersebut, tetapi mereka sebenarnya meniaga dengan ikhlas dan berniat untuk bersedekah dan beramal.

Ini baru duit. Kalau timbangan pula, orang Melayu biasanya akan melebihkan sedikit dari timbangan yang sebenarnya, kerana takut terkurang. Dalam Islam, adalah berdosa sekiranya peniaga mengurangkan timbangan bagi barang yang dibeli pengguna.

Bagi pengalaman aku sendiri. Kalau seorang peniaga tidak mahu seposen dua dari aku akibat tiada syiling semasa membeli, aku akan ke kereta untuk mengambil syiling dan akan memberi jumlah yang tidak cukup itu. Bukan tidak mahu menerima keikhlasan mereka, tetapi bagi aku seposen dua itulah sebenarnya keuntungan mereka sebenarnya. Bak kata orang kalau tiada seposen, tiadalah seringgit kalau tak cukup sepuluh keping. Betul tak?

14 comments:

  1. itulah,kita plak yg rasa serba salah kalo xbg duit cukup2

    ReplyDelete
  2. bagus AH peniaga org melayu...saye pon mengalami pengalaman yang same...^_^

    ReplyDelete
  3. BETUL TU ROSSONERI.. RASA BERSALAH PLAK KAN.. :)

    ReplyDelete
  4. NURU; ATIQAH : DAH BIASA HADAPI SITUASI CAMNI..

    ReplyDelete
  5. ya la kan..aku pun selalu camtu gak arr..
    check out-NANG

    ReplyDelete
  6. TAM : AAH.. ORANG MELAYU MEMANG PEMURAH..

    ReplyDelete
  7. aku pun suka genapkan duit.. sudah jadi tabiat aku x suka simpan banyak2 syiling

    ReplyDelete
  8. aku jarang jumpa peniaga macam tu, sekali sekala tak per bro, tapi kalau selalu tak best pulak rasanya. macam ko cakap la, dikumpul2 banyak duit syiling tu. aku sendiri balik keja, kalau ada syiling kat poket aku aku masukkan dalam tabung, sedar tak sedar ratus juga tu.

    ReplyDelete
  9. AMRY : AKU PON PENGUMPUL SYILING JUGAK.. DAH PENUH, AKU MASUKAN DALAM AKAUN ANAK AKU.. :)

    ReplyDelete
  10. TARABASSING : SIMPAN DUIT SYILING BAGUS LA.. SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...